Mewarisi hutang kerajaan Mahathir dan Muhyiddin,tanpa jarah PETRONAS dan jual aset, Pencapaian MADANI sangat baik

Jika mengikut fakta dan data pemerintahan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim , boleh lah dikatakan pencapaian agak baik dan baik dan bagus.

Fakta dan data tidak menipu seperti mana kerja persepsi boleh menipu.

Ketika pencapaian ekonomi negara sangat baik diera Datuk Seri Najib Razak pun , fakta berkenaan nya tewas kepada permainan persepsi dan propaganda pihak lawan.

Tun Mahathir menjaja keseluruh negara bahawa negara sudah muflis kerana Najib Razak ketika ekonomi sangat rancak dan pelabur masuk dengan jumlah berbilion bilion membawa pelaburan dan FDI.

Kehadiran pembesar negara lain membawa pelaburan berbilion seperti negara Arab pun boleh tewas keada permainan persepsi Tun Mahathir.

Akhir nya kerajaan yang baik tumbang dan digantikan dengan kerajaan Mahathir sendiri.

Akibat telah memfitnah negara berada dalam muflis dan hutang bertambah banyak, maka Mahathir terpaksa membuktikan nya dengan menambah banyak hutang baru dan menjual banyak aset negara.

ia cubaan memberi gambaran fitnah yang dibuat ada lah “Real”.

Hutang ditambah seperti Samurai bond dan lain lain hutang semata mata untuk mencapai jumlah yang dijaja ketika berkempen.

Dalam masa yang sama syarikat minyak negara dijarah sehingga kering.

Dalam durasi 22 bulan sejumlah RM82 bilion wang PETRONAS dijarah oleh kerajaan  Mahathir.

Dividen tahunan dan Special Dividen.

Namun sema penipuan Mahathir berkenaan ekonomi negara secara tidak langsung terlondeh apabila Mahathir sendiri tersasul apabila mengumumkan “stimulus pakej” dimana beliau menyebut negara ada hampir 2 Triliion wang dalam khazanah nya.

Tidak henti di situ Perdana Menteri selepas nya Muhyiddin Yassin juga membuktikan negara ada hampir RM600 bilion untuk dibelanja ketika darurat.

Dari mana semua wang itu datang jika bukan dari pencarian kerajaan DSNR selama 9 tahun.

Kini, setelah mewariskan kebobrokan ekonomi kepada kerajaan MADANI, fakta terlihat ada pencapaian agak ‘substantial” dan  memberangsangkan.

Pencapaian boleh dilihat di fakta fakta dihidang seperti dibawah.

Pemberitahuan seperti diatas ada lah apa yang telah dilaksanakan dalam 7 bulan oleh kerajaan MADANI.

Data dan fakta dibawah ini juga boleh dijadikan ukuran hasil kerja kerajaan MADANi.

 

Pencapaianj dikira bagus kerana sehingga kini kerajaan MADANI belum lagi menjual puluhan bilion aset milik rakyat seperti kerajaan Mahathir lakukan.

Kerajaan MADANI juga belum menjarah PETRONAS seperti kerajaan Mahathir lakukan.

Maka, jika kerajaan yang baik seperti  kerajaan pimpinan Najib pun boleh difitnah, tidak hairan lah jika rakyat akan terpengaruh dengan kehebatan jentera Perikatan Nasional dan Mahathir boleh memdoktrin kan minda rakyat lagi sekali.

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker