Feri Nigeria karam, lapan mayat ditemui

 

Oleh Pena Merah

Feri Nigeria karam, lapan mayat ditemui
Kemalangan bot adalah perkara biasa di laluan air Nigeria dan sering dipersalahkan kerana kesesakan dan penyelenggaraan yang lemah. – Foto AFP

 

Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan maut dan ramai yang hilang selepas sebuah feri kayu yang membawa 100 orang karam di barat laut Nigeria, kata perkhidmatan kecemasan tempatan hari ini.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku semalam di negeri Niger ketika penduduk kampung Dugga dalam perjalanan ke pasar di Negeri Kebbi yang berdekatan untuk menjual bijirin dan tebu.

Kemalangan bot adalah perkara biasa di laluan air Nigeria dan sering dipersalahkan kerana kesesakan dan penyelenggaraan yang lemah.



Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger, Ibrahim Hussaini, berkata perubahan mendadak arah angin menyebabkan bot yang sesak itu tenggelam.

“Lapan mayat ditemui dan lima orang diselamatkan tetapi ramai lagi hilang,” katanya. – REUTERS

-Berita Harian-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker