Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”

Akui Turut Berlakon

Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”

Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”, Akui Turut Berlakon
Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”, Akui Turut Berlakon

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila Datuk Aaron Aziz mengesahkan dia tidak terlibat lagi dalam filem Original Gangster arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun hal yang demikian menjadi semakin kecoh dan hangat apabila pelakon terbabit akhirnya tampil membuka mulut susulan kenyataan pengarah Syamsul Yusof yang menggugurkan namanya daripada filem The Original Gangster disebabkan masalah kesihatan.

Menerusi satu video dimuat naik, Aaron berkata Syamsul memaklumkan tidak banyak adegan berlawan dalam filem tersebut sebelum menjalani latihan untuk menjayakan babak.



 

Menurut Aaron, ketika Syamsul mempelawanya dimana penggambaran akan bermula sebulan lagi dan untuk dia menurunkan berat seperti dimahukan adalah sukar namun dia tetap mencuba.

Bagaimanapun, Aaron terkejut apabila mendapat tahu banyak babak berlawan dengan pelakon-pelakon lain serta sekumpulan orang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

“Kalau datang rumah aku tiga kali, kata nak buat filem KL Gangster rupanya pasal cerita lain (The Original Gangster). Kalau jangan nak tipu, tak tahu aku ada masalah dengan leher aku..

“Kau datang sebulan sebelum mula penggambaran. Aku dah jatuhkan badan (turunkan berat) yang kau nak, memang mustahil. Tapi aku cuba juga.
Aaron turut mencadangkan dirinya dicucuk untuk mendapat bentuk badan ideal seperti yang dikehendaki oleh pengarah berkenaan.

“Kau tahu tak aku penat macam mana? Setiap hari bakar 100 kalori. Kau bagi gambar nak badan macam ni, aku cakap kalau nak badan begitu kena cucuk bro. Dia kata pergi cucuk.

“Tu bukan ke aniaya? Itu menunjukkan artis lain lagi pantas, aku slow. Aku ada banyak babak berlawan kau campak kat aku. Kau jumpa aku pun tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron meluahkan rasa terkilan apabila diperlakukan seperti sampah apabila dirinya tidak diperlukan dalam filem tersebut, malah Syamsul juga enggan berjumpa dengannya.

 

Disebabkan pendedahan Aaron selaku watak utama dalam filem-filem terbitan Syamsul sebelum ini, rata-rata netizen membuat keputusan untuk boikot filem terbaharunya itu disebabkan pelbagai permaslahan yang berlaku di antara rakan-rakan selebriti yang terlibat serta pergolakan rumah tangganya dengan Puteri Sarah.



Terbaharu, pelakon sensasi Sharnaaz Ahmad pula tampil memuat naik kenyataan menerusi Instagram story miliknya seolah-olah memujuk peminat untuk tidak memboikot filem terbabit mengetahui bahawa dirinya juga terlibat dalam pembikinan filem berkenaan.

 

Sharnaaz meluahkan bahawa bukan mudah untuk menjayakan sesuatu filem, ianya memerlukan pengorbanan serta kadangkala tidak mampu memuaskan hati masing-masing.

Jelasnya, tidakan orang ramai untuk memboikot filem lakonannya itu tidak wajar dilakukan hanya kerana sikap pengarah berkenaan sahaja, namun orang lain di sebalik tabir pula yang perlu menanggung kerugian.

“Anda kena ingat…ramai lagi mulut dalam team Original Gangster perlu disuap…anak-anak mereka, isteri mereka…jangan sebab amarah anda, dibunuh periuk nasi 60 orang lagi debalakang tabir” -jelas Sharnaaz

Nama Sharnaaz juga antara individu yang disebut oleh Syamsul sebelum ini yang menganggap Aaron Aziz tidak layak untuk berlakon atas dakwaan masalah kesihatan serta bentuk fizikal yang gemuk dan tidak sesuai bagi watak filem berkenaan.

Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”

 

Rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi mengenai isu ini namun orang ramai diharapkan untuk tidak menambahkan api yang sedang membara.

Di bulan mulia ini, lebih baik bermaaf-maafan serta berbincang secara matang dalam apa jua situasi yang berlaku.

Kerana foto Shah Rukh Khan diancam boikot

Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Origina Gangster”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker