Ustaz Shamsuri Ahmad Kongsi 20 Amalan Bulan Puasa



Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan semua umat Islam pasti tidak melepaskan peluang melakukan amalan bulan puasa untuk mengumpul pahala.

Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Jadi,  berikut kami kongsikan 20 amalan bulan puasa yang digalakkan oleh Ustaz Shamsuri Ahmad.

AMALAN BULAN PUASA YANG DIGALAKKAN UNTUK KUMPUL PAHALA

1. Bangun sahur.

2. Tahajud 2 rakaat dulu sebelum makan sahur.



3. Masuk waktu subuh, qabliyah subuh (lebih baik dari dunia dan isinya)

4. Solat subuh berjemaah.

5. Lepas subuh, baca al-Quran 4 muka surat.

6. Masuk dhuha, solat dhuha 2 rakaat.



7. Solat qabliyah zohor.

8. Solat zohor berjemaah.

9. Solat ba’diah zohor 4 rakaat.

10. Lepas ba’diah zohor baca al-Quran 4 muka surat.



11. Sebelum asar, qabliyah asar 2.

12. Solat asar berjemaah.

13. Lepas asar, baca 4 hingga 8 muka surat.

14. Buka puasa pada waktunya.



15. Solat maghrib berjemaah.

16. Ba’diah maghrib 2 rakaat.

17. Solat isyak berjemaah.

18. Ba’diah isyak 2 rakaat.

19. Solat terawih.

20. Lepas terawih, baca al-Quran 4 muka surat.

Perlu diingatkan agar sentiasa menjaga perkara perkara yang mengurangkan pahala dan amalkan sedekah setiap hari walaupun RM1 asalkan konsisten.

Jangan biarkan hari berlalu tanpa infaq. Mudah-mudahan bulan Ramadan kali ini ada beza dengan sebelumnya. Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua saudara seislam.

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker