GERAKAN akan ‘mufarakah’ dari Perikatan Nasional?

Oleh – Bakhtiar Omar


 

GERAKAN akan 'mufarakah' dari Perikatan Nasional?



GERAKAN akan ‘mufarakah’ dari Perikatan Nasional ekoran konflik dalaman Perikatan Nasional yang sudah tidak dapat disorokkan lagi?

Semalam, Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau yang merupakan calon N38 DUN Bayan Lepas telah diusir dari naik ke atas pentas  Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua.

Dalam satu klip video, jelas suara wakil PAS yang menjemput Datuk Idris Ahmad naik ke pentas menyatakan “tak boleh, you can go” (minit 1.22).



Kerusi N38 Bayan Lepas merupakan rebutan antara PAS dan Gerakan di Pulau Pinang. Bagaimanapun, Dominic Lau telah diumumkan sebagai calon biarpun PAS memprotes keputusan tersebut.

“Adalah dimaklumkan bahawa YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Parti Gerakan merupakan calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Bayan Lepas, Pulau Pinang, setelah dipersetujui oleh Majlis Presiden Perikatan Nasional,” – Hamzah Zainudin 27/7/2023

Kemuncak konflik antara PAS dan Gerakan ini dijangkakan akan menyebabkan kaum Tiong Hua tidak lagi mempercayai PAS dan BERSATU untuk melindungi kepentingan mereka.

Desas-desus protes besar-besaran oleh kaum Tiong Hua sudah mulai bertebaran di Selangor dan Negeri Sembilan. Bagi mereka, PAS sudah mulai menunjukkan sifat sebenar mereka yang tamak dan hanya mementingkan diri. Lebih lagi apabila ‘Proklamasi Melayu’ dicanangkan sebagai salah satu agenda yang turut dipersetujui Perikatan Nasional.



GERAKAN akan 'mufarakah' dari Perikatan Nasional?

Manakala BERSATU pula sudah hampir pasti akan lebih ‘membela’ PAS kerana memerlukan sokongan pengundi Melayu. 

Tidak mustahil sekiranya ahli Gerakan akan mula meminta Presiden agar parti ‘menjauhkan diri’ dari PN selagi PAS meneruskan protes terhadap Dominic.

PAS dalam Pilihanraya Negeri ini menguasai hampir 60% kerusi di Terengganu, Kelantan dan Kedah, manakala Gerakan pula hanya mendapat kerusi ‘susah menang’ selepas selesai pembahagian kerusi antara komponen.



Secara keseluruhan PAS bertanding 126 kerusi, BERSATU 83 manakala GERAKAN hanya 36 kerusi.

 

 

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button