Bayern lantik Thomas Tuchel

MUNICH: Bayern Munich melantik bekas pengendali Chelsea dan Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel sebagai pengganti Julian Nagelsmann yang dipecat.

Nagelsmann, 35, membimbing Bayern ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dan akan berdepan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City bulan depan.

Namun Bayern tidak gagal menguasai saingan Bundesliga seperti biasa dan kelab memutuskan untuk menggantikan Nagelsmann dengan Tuchel yang pernah membawa Cheslea memenangi Liga Juara-Juara pada tahun 2021.

Tuchel akan diberikan kontrak sehingga Jun 2025 dan akan memulakan tugasnya Isnin ini.

“Secara peribadi dan mewakili FC Bayern, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Julian dan barisan kejurulatihannya, semoga maju jaya,” kata pengerusi Bayern, Oliver Kahn.

Bayern menandatangani Nagelsmann untuk kontrak lima tahun bermula dua tahun lalu, tetapi kebimbangan terhadap kejuaraan Bundesliga memaksa kontrak itu ditamatkan.

Mereka kini di tangga kedua di belakang bekas kelab kendalian Tuchel, Borussia Dortmund.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker