Benarkah DAP Sudah Berubah?

Benarkah DAP Sudah Berubah?

Benarkah DAP Sudah Berubah?

Selama puluhan tahun, Dr Mahathir menjadi presiden UMNO dan selama itulah Dr Mahathir mengdoktrinkan kepada orang Melayu bahawa DAP adalah parti cauvanis.

Menurut Dr Mahathir, DAP bukan sahaja cauvanis, tetapi sekiranya DAP berada di tampuk kuasa, maka nasib orang Melayu di Malaysia akan menjadi sangat gelap.



Mungkin sepekat malam yang tidak ada cahaya bulan dan bintang.

DAP digambarkan sebagai kelompok yang rakus kuasa.

Malah digambarkan juga, jika DAP mendapat kuasa, maka hak keistimewaan Bumiputera pasti akan hilang.

Lebih jauh lagi dimomokkan, agama rasmi persekutuan akan ditukar dari Islam kepada Kristian.



Raja Raja Melayu akan digulingkan, Malaysia akan ditukar menjadi negara republik selepas institusi monarki dapat dihapuskan.

Selama puluhan tahun Dr Mahathir memainkan sentimen perkauman dan kini dapat dilihat, orang Melayu masih lagi sukar menerima DAP.

Walau pun DAP dan UMNO kini berada dalam satu gabungan parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Persoalannya, adakah apa yang dikatakan Dr Mahathir mengenai DAP itu benar?



Bagi penulis, jawapannya adalah benar dan salah.

DAP yang dahulunya berada di dalam cengkaman dinasti Lim, tidak dinafikan bersikap rakus dan cauvanis.

Kali pertama mendapat kuasa pada tahun 2018, DAP melakukan pelbagai kesilapan yang berkaitan sensitiviti orang Melayu.

Hak istimewa Bumiputera dicabar, kedaulatan Raja Raja Melayu diperlekehkan.



Malah kedudukan ugama Islam sebagai agama rasmi turut cuba digugat.

Akibatnya DAP menyaksikan kebangkitan orang Melayu yang akhirnya menyebabkan mereka kehilangan kuasa.

DAP Belajar Dari Kesilapan Yang Mereka Lakukan Pada Tahun 2018

Namun kini, di bawah kepimpinan baharu, DAP dilihat sudah belajar dari kesilapan yang mereka lakukan pada tahun 2018.

Mereka dilihat lebih pragmatik dalam memberikan kenyataan umum dan berusaha untuk tidak menyinggung sensitiviti bangsa Melayu.



Sekiranya ada di kalangan pemimpin peringkat negeri mengeluarkan kenyataan yang panas, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sendiri akan menyanggahnya.

Isu terkini mengenai ‘Hot Thai Boys’, sangat jelas DAP mengambil sikap yang bijak untuk membuktikan sebenarnya mereka tiada kaitan dengan aktiviti yang tidak bermoral.

Menteri kabinet dari DAP seperti Anthony Loke dan Hannah Yeoh dilihat mencuba dengan sedaya upaya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Cengkaman Pengaruh Dinasti Lim Sudah Semakin Pudar

Selain dari pengalaman pahit kehilangan kuasa, apakah faktor utama yang mempengaruhi perubahan DAP?



DAP adalah parti serpihan dari PAP Singapura, parti yang diasaskan oleh mendiang Lee Kuan Yew.

Memang tidak dapat dinafikan, pengaruh ideologi komunisma sememangnya menebal pada diri Lee Kuan Yew.

Buktinya dapat dilihat dengan jelas pada hierarki kepimpinan PAP yang meletakkan Setiausaha Agung sebagai penguasa utama parti.

Ianya sama dengan hierarki kepimpinan negara China.

Lim Kit Siang mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan Lee Kuan Yew di awal penglibatan beliau dalam politik.

Malah Lee Kuan Yew menjadi mentor Lim Kit Siang dalam dunia politik.

Lim Kit Siang dikatakan pernah menjadi pembantu peribadi Lee Kuan Yew dan beliau dipercayai banyak mempengaruhi ideologi politik Lim Kit Siang.

Baca di sini:

http://theunspinners.blogspot.com/2019/05/lim-kit-siang-ultra-cina-dap-bukan-anak.html

Sebab itulah DAP meniru hampir kesemua dasar perjuangan dan ideologi parti PAP Singapura.

Manakala Lim Guan Eng pula adalah anak kepada Lim Kit Siang dan sudah pastilah ideologi politik Lim Kit Siang dicurahkan sepenuhnya kepada beliau.

Kerana itu, ketika di bawah kepimpinan dinasti Lim dua beranak ini, DAP dilihat bersikap rakus dan cauvanis.

Tetapi apabila berlaku peralihan kuasa kepada Anthony Loke, maka DAP dilihat mula melakukan perubahan.

Anthony Loke bukan dari dinasti Lim dan beliau juga tidak dipengaruhi ideologi politik Lee Kuan Yew.

Jadi, pendekatan yang beliau ambil dapat dilihat berbeza dari kepimpinan terdahulu.

Beliau dilihat lebih menghormati 4 perkara asas yang telah tercatat di dalam perlembagaan.

Penulis juga dapat melihat Anthony Loke berusaha bersungguh-sungguh untuk memecahkan sikap perkauman di kalangan pemimpin DAP peringkat akar umbi.

Penulis yakin, sekiranya DAP kekal dengan semangat baharu yang di bawa oleh Anthony Loke, tidak ada masalah untuk orang Melayu berkerjasama dengan DAP.

Sekiranya ditanya penulis, apakah kini DAP sudah berubah?

Jawapan penulis adalah, DAP masih di peringkat awal untuk melakukan perubahan.

 

Benarkah DAP Sudah Berubah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button