Gunung berapi Ili Lewotolok meletus hari ini
Gunung berapi Ili Lewotolok meletus hari ini

JAKARTA: Gunung Ili Lewotolok di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus hari ini, mengeluarkan asap dan abu setinggi hampir satu kilometer ke udara.
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kerosakan, namun zon larangan dikuatkuasakan di wilayah berkenaan untuk keselamatan orang ramai.
Letusan itu mengakibatkan muncul menara asap gunung berapi setinggi 700 meter di kawasan terpencil di negara kepulauan Asia Tenggara itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengenakan zon pengecualian dua kilometer di sekitar kawah di wilayah Nusa Tenggara Timur dan menasihatkan penduduk berhampiran memakai topeng bagi mengelakkan masalah pernafasan, kata Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG).
Ketua Agensi Geologi negara, Sugeng Mujiyanto, dalam satu kenyataan, memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada terhadap ‘risiko bahaya daripada aliran lahar dan awan panas’.
Letusan besar terakhir gunung berapi itu berlaku pada akhir 2020, mencetuskan amaran penerbangan dan menutup lapangan terbang tempatan, sementara ribuan penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Status berjaga-jaga Ili Lewotolok kekal pada tahap ketiga tertinggi selepas letusan hari ini dan pihak berkuasa masih belum mengarahkan sebarang pemindahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Indonesia memiliki sekitar 130 gunung berapi aktif berikutan kedudukannya di Lingkaran Api plat tektonik yang mengelilingi Lautan Pasifik yang mana aktiviti seismik sering berlaku.
Pada akhir 2018, gunung berapi di selat antara pulau Jawa dan Sumatera meletus, menyebabkan tanah runtuh di bawah laut hingga mengakibatkan tsunami yang mengorbankan lebih dari 400 orang. – AFP
Gunung berapi Ili Lewotolok meletus hari ini
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :