Pemandu teksi dilarang ambil penumpang seumur hidup
Pemandu teksi dilarang ambil penumpang seumur hidup

BANGKOK: Seorang pemandu teksi dilarang daripada mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Thailand selepas didakwa mengenakan tambang berlebihan terhadap pelancong dari Taiwan.
Lapor The National Thailand, pemandu teksi itu didakwa memalsukan kadar rata tambang untuk mengenakan bayaran tinggi kepada pengunjung itu yang mahu melakukan perjalanan dari lapangan terbang ke bandar Bangkok.
Pemandu itu didakwa mengenakan bayaran antara 1,200 hingga 1,500 baht (RM155.85 hingga RM194.85) berbanding kadar meter sebenar kira-kira 300 baht (RM38.96).
Selain dilarang daripada mengambil penumpang di lapangan terbang untuk seumur hidup, lesen memandu pemandu teksi itu juga berkemungkinan ditarik.
Dalam pada itu, pengurus lapangan terbang memaklumkan pemandu teksi yang tidak didedahkan identitinya, sudah lama mengenakan kadar tambang palsu ke pelbagai destinasi.
Jelasnya, semua pemandu teksi yang mengambil penumpang di lapangan terbang dikehendaki menggunakan meter untuk tambang.
“Pemandu itu sudah diharamkan daripada mengambil penumpang di lapangan terbang untuk seumur hidup,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Baru-baru ini, laporan mengenai kejadian itu, bersama sekeping gambar memaparkan senarai tambang palsu, dimuat naik di laman Facebook berita pelancongan bertajuk `Khao Wong Karn Thong Thiew’
“Amat memalukan, seorang wanita warga Taiwan yang menggunakan perkhidmatan teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dikenakan bayaran 1,200 hingga 1,500 Baht (RM155.85 hingga RM194.85) untuk ke Bangkok.
“Pemandu teksi itu mendakwa pihak pengurusan lapangan terbang menetapkan kadar tersebut,” jelas hantaran di laman Facebook itu.
Berdasarkan senarai palsu itu, tambang ke Bangkok adalah 1,200 hingga 1,500 baht (RM155.85 hingga RM194.85), manakala bayaran bagi perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dikenakan sebanyak 1,500 hingga 2,000 baht (RM194.85 hingga RM259.73).
Sementara itu, pengendali laman Facebook Airports of Thailand menerusi ruangan komen menyatakan pihaknya akan menyiasat perkara itu.
Bekas pemandu teksi rogol pelancong kekal dipenjara 20 tahun
Pemandu teksi dilarang ambil penumpang seumur hidup
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :