Solat tarawih sedangkan solat fardu belum diqada?
Ini jawapan agamawan
Solat tarawih sedangkan solat fardu belum diqada? Ini jawapan agamawan
UMUM mengetahui solat adalah malan pertama yang dihisab seseorang hamba pada hari kiamat. Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam.
Solat merupakan adalah rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Demikian betapa pentingnya solat dalam kehidupan seorang Muslim.
Pada bulan puasa ini, timbul persoalan apakah hukumnya jika seseorang melakukan solat sunat tarawih tetapi dalam masa sama dia mempunyai solat-solat fardu yang pernah ditinggalkannya satu masa dahulu.
Adakah individu tersebut perlu menggantikan solat fardu tersebut terlebih dahulu atau dia boleh untuk melaksanakan juga solat sunat tarawih?
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjawab persoalan ini sekali gus memberikan pencerahan seperti berikut:
1-Pertama, solat-solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan dengan segera apabila teringat dan tidak boleh untuk melengah-lengahkannya.
2-Bahkan jika solat-solat tersebut banyak, maka seseorang itu perlu memanfaatkan masa yang ada untuk menggantikan solat-solat tersebut sehingga selesai tanpa melakukan pekerjaan lain kecuali perkara-perkara yang penting sahaja.
3-Oleh itu, jika sekiranya seseorang mempunyai solat-solat fardu yang perlu diqada, maka dia perlulah menggantikannya terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain, termasuklah solat sunat tarawih.
6-Solat-solat fardu yang ditinggalkan bukan disebabkan keuzuran syarie dan belum diqada diibaratkan sebagai hutangnya kepada ALLAH SWT dan perlu segera digantikan apabila teringat dan tidak boleh melengah-lengahkannya.
Program Murobbi serampang 2 mata
Solat tarawih sedangkan solat fardu belum diqada? Ini jawapan agamawan
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :