91 mangsa banjir di Kanowit pindah ke PPS
91 mangsa banjir di Kanowit pindah ke PPS

KUCHING: Dua lokasi di utara dan tengah Sarawak terjejas akibat banjir hari ini selepas dilanda hujan lebat sejak semalam.
Di utara Sarawak, banjir melanda Kampung Siang-Siang di Lawas, manakala di tengah Sarawak pula bencana itu melanda tiga rumah panjang di Nanga Ngungun di Kanowit iaitu Rumah Panjang Langong, Rumah Panjang Suzusie Lily dan Rumah Panjang Nyalong.
Berikutan itu, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna JKKK Ngungun, Kanowit bagi menempatkan 91 mangsa daripada 30 keluarga.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata akibat banjir di Nanga Ngungun itu, rumah yang terjejas dinaiki air sehingga 0.5 meter.
“Pihak bomba menerima panggilan jam 11.11 pagi memaklumkan beberapa kediaman penduduk di Nanga Ngungun dinaiki air.
“Bomba terpaksa menggunakan perahu penduduk kampung untuk memindahkan mangsa banjir ke PPS di Dewan Serbaguna JKKK Ngungun,” katanya.
Sementara itu, di Lawas, bomba menerima panggilan jam 12.13 tengah hari memaklumkan banjir melanda Kampung Siang-Siang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
“Anggota bomba yang bergerak ke lokasi mendapati kawasan kampung itu dinaiki air lebih satu meter.
“Sebanyak 34 rumah terjejas membabitkan seramai 350 penghuni, bagaimanapun tiada pemindahan penduduk dilakukan berikutan paras air menunjukkan trend menurun,” katanya.
91 mangsa banjir di Kanowit pindah ke PPS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :