Anak bongsu pasangan maut nahas lima kenderaan terpaksa ‘ditidurkan’

Anak bongsu pasangan maut nahas lima kenderaan terpaksa ‘ditidurkan’

Anak bongsu pasangan maut nahas lima kenderaan terpaksa 'ditidurkan'
Anak mangsa nahas lima kenderaan, Nur Farysya Eryany, 19, (tiga kiri) sebak menatap kubur kedua-dua ibu dan bapanya di Tanah Perkuburan Islam Balok, Kuantan. – Foto NSTP/Khairulmizan Yahya

KUANTAN: Anak bongsu pasangan yang maut dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer (KM) 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu, Terengganu, semalam, terpaksa ditidurkan.

Anak saudara pasangan terbabit, Nur Shafira Nadia Muhamad, 36, berkata Muhammad Daniel Dzulkarnain Faizul Azman, 13, terpaksa ditidurkan kerana jantungnya lemah.

“Muhammad Daniel Dzulkarnain kini sedang dirawat di Hospital Setiu, Terengganu.

“Dia turut mengalami retak tulang punggung, patah di bahagian leher, dan salah satu saluran darahnya tersumbat,” katanya ditemui selepas pengebumian suami isteri berkenaan, di Tanah Perkuburan Islam Balok, hari ini.

Dalam nahas jam 1.30 tengah hari, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Habsah Ismail, 42, meninggal dunia di tempat kejadian sementara anak mereka, Muhammad Daniel Dzulkarnain, 13, cedera parah.

Arwah meninggalkan tiga anak iaitu Nur Hafyza Elyana, 22, Nur Farysya Eryany, 19, dan Muhammad Daniel.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Nur Shafira Nadia berkata, kali terakhir dia berhubung dengan arwah ibu saudaranya itu kira-kira jam 11 pagi hari kejadian sebelum mesej yang dihantar melalui WhatsApp tidak berbalas.

“Dia sempat bergurau ketika berbalas WhatsApp dan mesej terakhirnya memberitahu semua saudara mara ada berkumpul kecuali saya.

“Sebenarnya dia ada mempelawa saya pergi ke Kuala Besut menaiki keretanya tetapi saya terpaksa menolak kerana bercadang mahu pergi bersama suami.

“Saya tidak menyangka mesej itu menjadi perbualan kami yang terakhir,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, tiga anak pasangan itu akan tinggal bersama ahli keluarga terdekat kerana kebanyakan mereka tinggal di kawasan berdekatan.

Terdahulu, jenazah pasangan terbabit dikebumikan secara bersebelahan dan pengebumiannya selesai kira-kira jam 9.30 pagi serta dihadiri kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

 

Benarkah DAP Sudah Berubah?

Anak bongsu pasangan maut nahas lima kenderaan terpaksa ‘ditidurkan’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah DAP Sudah Berubah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker