‘Habis rim kereta saya bengkok’- Sultan Johor

‘Habis rim kereta saya bengkok’- Sultan Johor

'Habis rim kereta saya bengkok'- Sultan Johor
Sultan Ibrahim hadir pada perasmian Mesyuarat Kedua Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Kota Iskandar pada Khamis. – Foto Pejabat Menteri Besar Johor

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap kerajaan Persekutuan dapat memberikan peruntukan kepada negeri ini bagi pembaikan jalan yang rosak dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang.

Sultan Ibrahim hadir pada perasmian Mesyuarat Kedua Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Kota Iskandar pada Khamis. – Foto Pejabat Menteri Besar Johor
© Provided by Sinar Harian
Sultan Ibrahim bertitah, jalan Johor Bahru-Mersing turut mengalami isu sama dan berbahaya kepada pengguna.

“Saya berharap peruntukan bagi pembaikan jalan persekutuan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan laluan Johor Bahru-Mersing yang kini keadaan berlubang dan membahayakan pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng ke Senai kepada enam lorong.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mendengar permintaan Johor dengan memberikan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Senia kepada enam lorong.

“Kalau boleh dari Gemas, buat apa separuh jalan. Kerajaan Pusat juga akan sediakan lorong memotong di Lebuhraya Senai-Desaru dari Pasir Gudang ke Bandar Penawar yang merupakan satu-satunya lebuh raya di Malaysia yang hanya ada dua lorong dan dikenakan bayaran tol,” titah baginda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju untuk melaksanakan beberapa projek naik taraf jalan raya persekutuan dan lebuh raya.

Antaranya projek naik taraf jaringan lebuh raya ke Pengerang dengan membina lorong memotong di Senai-Desaru Expressway, serta projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan laluan Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa Satu kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.

KD Lekir di eksesais Rim of the Pacific

‘Habis rim kereta saya bengkok’- Sultan Johor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker