PBB bimbang hukuman mati, penganiayaan tawanan perang Russia-Ukraine
PBB bimbang hukuman mati, penganiayaan tawanan perang Russia-Ukraine

KYIV: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat bimbang dengan dakwaan hukuman mati dan aniaya tawanan perang oleh kedua-dua tentera, Russia dan Ukraine.
Dakwaan itu timbul selepas Ukraine menuduh tentera Russia membunuh seorang askarnya yang sebelum itu ditangkap dan dirakam dengan berkata ‘kemuliaan kepada Ukraine’ sebelum ditembak mati.
Ketua Misi Pemantauan Hak Asasi Manusia PBB di Ukraine, Matilda Bogner berkata, organisasinya baru-baru ini merekodkan kes pembunuhan oleh kedua-dua pihak.
“Walaupun kami mengetahui siasatan berterusan oleh pihak berkuasa Ukraine terhadap lima kes melibatkan 22 mangsa, kami tidak mengetahui sebarang tindakan terhadap pelaku,” kata Bogner dalam sidang akhbar di Kyiv.
Bogner juga menyatakan kebimbangan mendalam terhadap dakwaan hukuman mati terhadap 15 banduan Ukraine oleh angkatan bersenjata Russia selepas mereka ditangkap.
Beliau berkata, kesemua banduan berkenaan ditahan oleh kumpulan tentera upahan Wagner yang mendakwa mengetuai serangan Russia ke atas Bakhmut, pertempuran paling lama dan paling berdarah.
SALING MENUDUH
Moscow dan Kyiv dilaporkan menuduh antara satu sama lain iaitu menganiaya tawanan perang sejak Presiden Russia, Vladimir Putin melakukan pencerobohan sejak setahun lalu.
Sebagai tindak balas kepada laporan PBB, Kementerian Luar Ukraine berkata, pihaknya tidak boleh menerima jika dakwaan ini dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Satu laporan PBB yang dikeluarkan pada Jumaat lalu mendakwa anggota tentera Ukraine turut mengancam tawanan perang Russia akan dibunuh.
Malah, tawanan perang berkenaan juga dipukul berkali-kali sebagai menunjukkan perasaan dendam.
Seorang tahanan perang Russia berkata, dalam beberapa kes, bukan sekadar anggota, namun, pegawai tentera Ukraine juga memukul tawanan.
“Sebelum disoal siasat, mereka menunjukkan kepada saya pemegang kapak berlumuran darah sebagai amaran.
“Soal siasat berlangsung selama kira-kira sejam dan mereka menggunakan renjatan elektrik enam kali, setiap kali mereka menyangka saya berbohong,” kata tawanan perang itu.
BERLAKU KEGANASAN SEKSUAL
Sementara itu, tawanan perang Ukraine yang dipetik dalam laporan itu berkata, mereka diseksa, berlaku keganasan seksual, kekurangan makanan dan air serta dinafikan rawatan perubatan.
Mereka berkata, mereka diseksa dan dilayan dengan buruk untuk memberikan maklumat atau sebagai satu bentuk hukuman.
Tawanan Ukraine dilaporkan dipukul dengan penyodok, ditikam, terkena renjatan elektrik dan dicekik.
“Sesetengah daripada mereka kehilangan gigi atau jari, patah tulang rusuk, jari atau hidung,” dedah laporan itu.
Seorang lagi tawanan perang Ukraine berkata, mereka bukan sahaja dipukul, tetapi terdapat anggota badan mereka dicederakan.
“Mereka menggunakan penumbuk, kaki dan belantan. Ada tawanan perang yang patah tangan atau kaki,” ujarnya.
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Parlimen Ukraine, Dmytro Lubinets berkata, dia terkejut dengan dakwaan hukuman kejam yang dikenakan terhadap tentera Ukraine dan memberitahu tidak dimaklumkan tentang perkara ini terlebih dahulu.
Di Telegram, dia menulis bahawa dia ingin mengetahui fakta dan hujah kuat yang tidak dapat dipertikaikan dalam laporan PBB tersebut.
Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Luar Ukraine mengucapkan terima kasih kepada pemantau PBB atas kerja mereka tetapi mereka menjangkakan misi PBB boleh ditafsirkan sebagai menyamakan mangsa dan penceroboh.–AFP
PBB bimbang hukuman mati, penganiayaan tawanan perang Russia-Ukraine
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :