Pemain JDT ‘turun padang’ bantu mangsa banjir

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan saja hebat di atas padang bermain bola sepak, tetapi sebenarnya turut memiliki jiwa besar di luar padang.

Menerusi perkongsian gambar di laman sosial, menyaksikan barisan pemain turun padang membantu mangsa banjir di sekitar Johor.

Kehadiran pemain skuad Harimau Selatan itu sememangnya mengejutkan di kala jadual latihan pasukan cukup sibuk.

Begitupun pemain JDT sempat meluangkan masa dengan membantu mangsa mangsa banjir termasuk mencuci rumah, mengangkat barang dan membersihkan kotoran daripada kesan banjir.



Antara pemain JDT yang menyertai kunjungan itu ialah Farizal Marlias, Afiq Fazail, Hong Wan, Juan Muniz, Shane Lowry dan penjaring terbanyak Liga Super ketika ini, Fernando Forestieri.

Kehadiran pemain-pemain Harimau Selatan sedikit sebanyak menceriakan hati penduduk terutama kanak-kanak dan remaja yang terkesan akibat musibah banjir.

Sebelum ini, JDT turut mengumumkan kutipan tiket empat perlawanan sepanjang bulan Ramadan akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir Johor.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker