Penunggang motosikal maut rempuh treler

Penunggang motosikal maut rempuh treler

Penunggang motosikal maut rempuh treler
Lokasi nahas penunggang motosikal maut merempuh treler di KM 17, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Renok Baru, Gua Musang. – FOTO TULAR MEDIA SOSIAL

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangi bertembung treler selepas gagal memintas sebuah kereta di Kilometer (KM) 17, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Renok Baru di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, Khalid Mohamud, 47, yang menunggang motosikal Jenis Honda RS150 meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bertembung dengan treler jenis Volvo.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa dipercayai gagal memintas sebuah kereta sebelum bertembung dengan treler dari arah bertentangan.

“Mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke tempat kerja di kawasan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) berhampiran Sungai Asap B.

“Treler berkenaan membrek sejauh 17 meter dan cuba mengelak ke kanan, namun mangsa sudah melanggar bahagian tayar belakang kiri.

“Kejadian menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan, tercampak ke atas jalan sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Choon Foo berkata, mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Pemandu treler berusia 57 tahun tidak mengalami kecederaan dan hasil ujian air kencing negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

 

Penunggang motosikal maut rempuh treler

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah DAP Sudah Berubah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker