Polis tahan 4 lelaki dalam video tular gaduh di Bandar Rinching

Polis tahan 4 lelaki dalam video tular gaduh di Bandar Rinching

Polis tahan 4 lelaki dalam video tular gaduh di Bandar Rinching
Tangkap layar video tular kejadian pergaduhan di Bandar Rinching.

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Seksyen 5 Bandar Rinching, Semenyih, seperti dalam satu rakaman video yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kejadian berlaku pada Khamis lalu di hadapan sebuah restoran dan polis menerima aduan berkaitan kejadian pada jam 9.55 malam hari sama.

Menurutnya, hasil siasatan, kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.45 malam berpunca daripada seorang lelaki dalam keadaan mabuk menimbulkan kekecohan di sebuah gerai menjual burger di situ.



“Lelaki terbabit datang ke gerai itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat sambil membaling tin minuman keras ke arah gerai burger sebelum berlaku perselisihan faham antara dia dengan peniaga gerai terbabit.

“Kejadian menjadi lebih tegang apabila lelaki mabuk itu mengeluarkan senjata pisau serta parang dan cuba menyerang peniaga gerai di situ.

“Perkara itu menyebabkan berlaku kekecohan selepas beberapa individu lain turut campur tangan bagi meleraikan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, polis yang tiba di tempat kejadian segera menahan lelaki mabuk terbabit serta tiga lagi lelaki yang terbabit dalam kekecohan itu, kesemuanya lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 48 tahun.



“Polis turut merampas sebilah pisau dan parang yang digunakan suspek dan pemeriksaan mendapati tiada kecederaan serius berlaku dalam kejadian itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Kesemua mereka direman empat hari sehingga esok untuk siasatan lanjut,” katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (perbuatan merusuh menggunakan senjata di tempat awam).

Dalam pada itu, Mohd Zaid mengingatkan orang ramai tidak membuat spekulasi tidak benar berkait kejadian itu yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana kes itu sudah selesai dan dalam siasatan polis.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Hazrani Hashim di talian 019-7944442.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 2 minit 50 saat berkait kejadian itu di media sosial sejak semalam menunjukkan beberapa individu cuba menangkap seorang lelaki yang dikatakan cuba menyerang mereka dengan parang.

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan Pasar Bentong

Polis tahan 4 lelaki dalam video tular gaduh di Bandar Rinching


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah DAP Sudah Berubah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker