‘Saya dah brek tapi langgar juga khemah’

JEMPOL: Enam khemah di Bazar Ramadan Bandar Seri Jempol, di sini rosak selepas dirempuh kereta, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Pemandu kereta itu yang juga seorang peniaga, Nur Shaliyana Abdullah, 34, berkata, kejadian itu menyebabkan empat khemah patah dan meja di dua lagi khemah rosak.

Katanya, dia selalu parkir kereta di lokasi tersebut untuk ke kedai sewa miliknya di situ.

“Kejadian berlaku sekelip mata sahaja. Saya sudah tekan brek tapi terlanggar juga khemah berkenaan.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana tiada kecederaan membabitkan orang ramai berikutan belum waktu berniaga lagi,” katanya.

Katanya, peniaga berhampiran membantunya keluar daripada kenderaan dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya sudah maklumkan kejadian ini kepada pemilik khemah terbabit dan kami bersetuju menyelesaikan hal ini secara baik,” katanya yang turut memohon maaf kepada peniaga terbabit.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker