Arab Saudi tahan 15,305 pendatang haram dalam seminggu

Arab Saudi tahan 15,305 pendatang haram dalam seminggu

Arab Saudi tahan 15,305 pendatang haram dalam seminggu
Foto ihsan Saudi Gazette

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menahan 15,305 pendatang asing kerana melanggar sistem residensi, undang-undang buruh dan peraturan keselamatan sempadan dalam tempoh seminggu.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, penahanan dibuat ketika operasi lapangan bersama dijalankan pelbagai unit pasukan keselamatan di seluruh negara dari 15 hingga 21 Disember.

Memetik laporan Saudi Gazette, penahanan itu termasuk 8,816 individu kerana melanggar sistem residensi, manakala peraturan keselamatan sempadan (3,935) dan undang-undang buruh (2,554).

Seramai 560 orang lagi ditahan ketika cuba menyeberangi sempadan negara dengan membabitkan 57 peratus suspek dari Yaman, Ethiopia (36 peratus) dan warganegara lain (tujuh peratus), manakala 95 suspek ditahan kerana cuba menyeberangi sempadan untuk keluar dari Arab Saudi.

Sembilan belas individu yang terbabit dalam membawa dan dan melindungi suspek yang melanggar peraturan pemastautin dan kerja ditahan.

Setakat ini seramai 42,569 suspek termasuk 1,955 wanita disyaki terbabit dengan pelanggaran peraturan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Daripada jumlah itu, 33,128 suspek dirujuk ke misi diplomatik untuk mendapatkan dokumen perjalanan, 2,330 suspek dirujuk untuk melengkapkan tempahan perjalanan dan 12,258 suspek dihantar pulang.

Kementerian Dalam Negeri memberi amaran mana-mana pihak yang membantu memudahkan aktiviti penyeludupan masuk pendatang asing termasuk memberi perlindungan atau bantuan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda maksimum SR1 juta (RM1.18 juta) selain rampasan aset. – AGENSI

Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

Arab Saudi tahan 15,305 pendatang haram dalam seminggu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker