Spesies orkid seperti kaca ditemukan di Jepun
Spesies orkid seperti kaca ditemukan di Jepun

TOKYO: Spesies orkid baharu dengan bunga halus seperti kaca ditemukan oleh saintis Jepun, yang menyedari tumbuhan merah jambu dan putih itu belum pernah direkodkan.
Walaupun kehadirannya sering dilihat di taman-taman dan kebun di Jepun, penyelidik di Universiti Kobe mengambil masa sedekad untuk mengesahkan bahawa tumbuhan digelar spiranthes hachijoensis adalah spesies yang tidak diketahui sebelum ini.
“Ia merupakan satu kejutan untuk menemui spesies baharu spiranthes, walaupun pokok bunga ini sudah biasa dilihat di taman, kebun dan di antara tumbuhan yang ditanam di dalam pasu,” kata Profesor Fitologi, Kenji Suetsugu.
Menurut Suetsugu yang mengetuai penyelidikan tersebut, beberapa sampel orkid itu diambil daripada tanaman pasu dan taman awam, termasuk yang disimpan di sebuah sekolah menengah di wilayah Gifu di tengah Jepun.
“Daripada bentuknya yang unik dan kelopak bunganya yang cantik menyerupai kaca, tumbuhan ini sudah lama digemari oleh masyarakat,” jelas universiti itu dalam satu kenyataan akhbar.
Pokok orkid dengan bunganya yang halus dan batang berpintal pernah disebut dalam antologi puisi tertua Jepun berjudul Manyoshu pada abad kelapan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Penemuan jenis baharu spesies spiranthes yang juga dikenali sebagai ladies tresses itu diumumkan minggu lalu dalam Journal of Plant Research.
Pokok orkid tersebut diberi nama hachijoensis kerana banyak sampel ditemui di pulau Hachijojima di Tokyo.- AFP
Spesies orkid seperti kaca ditemukan di Jepun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :