‘Saya Nak Sangat Ada Anak Tapi..’ – Elizabeth Tan

‘Saya Nak Sangat Ada Anak Tapi..’ – Elizabeth Tan

‘Saya Nak Sangat Ada Anak Tapi..’ – Elizabeth Tan

Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan berhasrat untuk menimang cahaya mata selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Siew Jim.

 

‘Saya Nak Sangat Ada Anak Tapi..’ – Elizabeth Tan
Foto: Viu Malaysia

Ketika ditemui OhBulan!, Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy memberitahu dia bimbang kerjayanya bakal terjejas selepas bergelar ibu suatu hari nanti.

Lizzy yang berada dalam keadaan dilema antara memiliki zuriat dan kariernya sebagai anak seni telah menitiskan air mata di hadapan wakil media di lokasi penggambaran siri original Viu W: Two Worlds di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi, hari ini.

Saya tidak tahu. Jujurnya, saya teringin sangat bergelar ibu dan ada anak sebab usia saya sudah pun mencecah 30 tahun. Ibu saya juga makin berusia, jadi, kalau boleh saya ingin memberinya cucu.

Tapi saya kena fikir juga soal karier. Sebab kalau saya hamil, selama setahun saya tidak boleh bekerja. Saya takut disebabkan anak, kerjaya seni akan menurun terutamanya nyanyian.

Sudah banyak contoh yang saya lihat, ramai penyanyi wanita yang sedang meniti kemuncak populariti, tiba-tiba menjunam selepas berkahwin dan memiliki anak.

‘Semua perbelanjaan ditanggung oleh saya’

 

‘Saya Nak Sangat Ada Anak Tapi..’ – Elizabeth Tan
Foto: Viu Malaysia

Bercerita dengan lebih lanjut, Lizzy akui selain kerjayanya sebagai penyanyi dan pelakon, dia juga perlu mengambil kira tentang faktor ekonomi termasuk perbelanjaan bulanan yang perlu ditanggungnya bersama suami.

Saya perlu bercakap jujur. Suami saya hanya houseman (doktor pelatih) Gaji dia tidaklah banyak sangat. Semua perbelanjaan ditanggung oleh saya. Banyak perkara yang perlu saya tanggung. Rumah, kereta termasuk ibu bapa.

Semuanya saya (tanggung). Saya tidak mahu kecewakan sesiapa dan terlalu banyak tekanan tetapi memang benar-benar mahukan anak.

Elizabeth atau atau nama sebenarnya, Tan Su Mei mendirikan rumah tangga dengan Dr. Siew Jim pada 20 Mac 2021 dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.

‘Saya Nak Sangat Ada Anak Tapi..’ – Elizabeth Tan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Tinggal Sanusi Md Nor

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker