COVID-19: Thailand catat 3 kes baharu dan 55 hari tanpa jangkitan tempatan

 

BANGKOK, 19 Julai  — Thailand melaporkan tiga kes baharu COVID-19 – kesemuanya  warga negara itu yang kembali dari luar negara dan tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 3,249 dengan 58 kematian.

Hari ini merupakan hari Ke-55 Thailand mencatatkan sifar jangkitan tempatan.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata pesakit baharu itu terdiri daripada dua lelaki Thai berusia 43 dan 64 tahun yang kembali dari Singapura dan seorang lagi lelaki Thai berusia 39 tahun yang pulang dari Sudan.

“Semua pesakit baharu itu menjalani kuarantin di kemudahan yang disediakan kerajaan.  Mereka tidak mempunyai hubungan dengan orang awam sejurus ketibaan mereka,” kata beliau dalam taklimat COVID-19 hari ini.

Setakat ini, beliau berkata sejumlah 3,096 pesakit sudah pulih dan didiscaj daripada hospital sementara  baki 95 orang masih lagi berada di wad.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker