Bebaskan Najib, Pecat Mat Sabu , Mungkin Hubungan Malaysia dengan Arab Saudi pulih sepenuh nya.

 

Oleh Adam Malik

Beberapa Laporan media dalam negara dan wartawan luar negara Β menganggap lawatan Pedana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru baru ini sebagai gagal.

Walaupun pihak kerajaan cuba memberi gambaran ia sebuah lawatan yang berjaya.

Namun , semua tahu semenjak kerajaan Barisan Nasional tidak memerintah dan Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan, hubungan antara Malaysia dan negara teluk sudah tidak sama lagi.



Keadaan bertambah parah apabila individu seperti DSNR yang dianggap pemimpin istimewa oleh kerajaan Arab Saudi di perlekehkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Tun Mahathir dibawah bendera PH1.0.

Menghina DSNR seolah olah menghina sanjungan Arab Saudi yang menganugerahkan dan secara langsung Arab Saudi sudah tidak umpama kan Malaysia lagi.

Apabila pejabat Wisma Putra dan Pejabat Perdana Menteri memberi alasan bahawa pertemuan antara Muhamad Bin Salman boleh diadakan dalam masa dua hari lagi, ia sebenar satu bentuk β€˜diplomatic rejection’ bertaraf tinggi yang mesej halus nya β€œkami tidak ada masa untuk bertemu kamu hari ini”.

Perjalanan dari Riyadh atau dari mana mana untuk bertemu Perdana Menteri Anwar beberapa minit sahaja bukan susah pun tetapi , itu lah jawaban nya.



Arab Saudi masih berasa hati dengan Tindakan Kerajaan Tun Mahathir terhadap mereka.

Tanpa sebab sebab konkrit kerajaan Tun Mahathir telah bertindak bodoh dan menyinggung kerajaan Arab Saudi.

Antara Tindakan bodoh kerajaan pimpinan Tun Mahathir adalah SPRM bawah Tun Mahathir telah merakam bualan antara seorang kerabat Arab bersama DSNR.

Ini telah memberi kesan buruk kepda negara kerana sifat tidak Amanah dan membuka aib pihak istana Arab semata mata untuk memalukan DSNR.

Sudah itu , rakaman hanya berapa minit sahaja dari keseluruhan perbualan kerana jika disiarkan seluruh audio terdapat kebenaran berpihak kepada DSNR , hatta audio tidak dijadikan bahan didalam mahkamah.

Perbuatan ini sungguh menjatuhkan martabat negara.

Kemudian Tun Mahathir gatal mahu mengujudkan sebuah badan organisasi baru menyaingi OIC yang dinaung oleh Arab Saudi.

Summit of Muslim Nation yang cuba dianjur oleh Malaysia dibawah Tun Mahathir dilihat sebagai ancaman kepada kepiminan dan kewibawaan Arab Saudi.

Tambah lagi musuh musuh Arab Saudi pula yang menjadi tunjang Summit of Muslim Nation anjuran Malaysia , antara nya Iran , Qatar dan Turkey.

Tidak henti dengan ini, Malaysia telah menarik ketumbukanΒ  tentera yang berpusat di Arab Saudi mempertahan dan pemerhati dari serangan Syiah Huothi Yemen.

Jelas, Arab Saudi tersinggung lagi.

Paling mengecewakan adalah pembatalan pembinaan Salman Peace Center oleh kerajaan Malaysia.

Dimana rugi nya Malaysia jika ia diteruskan pun tidak diketahui kerana ia percuma dan ditaja sambil peluang pekerjaan untuk 5,000 rakyat Malaysia.

Maka, tidak hairan Arab Saudi cari helah untuk elak berjumpa Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin jalan untuk berbaik semula dan nendapat status istimewa Kembali ada lah dengan membebaskan Datuk Seri Najib Razak.

Kemudian memecat Mat Sabu dari kabinet Anwar Ibrahim.

Jika Anwar melakukan kedua perkara ini mungkin kepercayaan dari Arab Saudi akan dapat dikembalikan semula.

Mat Sabu antara yang terbabit dalam penarikan tentera dari Arab Saudi dan juga pembatalan Projek Salman Peace Centre.

Dari segi β€œlong term” Malaysia akan rugi besar jika tidak pulih hubungan dilevel yang dinikmati di era Najib Razak.

Ini kerana berpuluh puluh negara berada dibawah pengaruh Arab Saudi Β akan segan berhubungan niaga secara skala besar demi menghormati Arab Saudi.

Negara teluk dan Afrika sudah pasti pinggir Malaysia.

Maka, mungkin jika Malaysia membebaskan segera DSNR dan memecat Mat Sabu, peluang hubungan Kembali ke status negara istimewa seperti sebelum ini boleh tercapai.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker