Imam Diserang Lelaki Kurang Siuman, Cuba Pukul Guna Selipar

Insiden yang berlaku pada jam 6.18 pagi itu menyaksikan seorang lelaki menyerang imam di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan ketika melaksanakan solat subuh pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata semasa kejadian, mangsa sedang mengimamkan kira-kira 80 orang jemaah. Ketika sudah masuk rakaat kedua solat subuh, tiba-tiba kedengaran suara lelaki sedang menjerit dari arah pintu masjid.

Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.

Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan.

Suspek yang memakai baju Melayu berwarna ungu itu menyerang mangsa dari belakang dipercayai kurang siuman. Manakala mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang ditugaskan sebagai imam jemputan sempena Program Khatam Subuh 2.0 di masjid tersebut.

Susulan itu, pihak keselamatan masjid bertindak pantas dengan menghalang lelaki tersebut serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis.



 

 

@alongnazar Dugaan bulan puasa mujur imam sempat elak xdew kejadian buruk berlaku alhamdulillah 🤲🤲🤲#foryou #fyp #fypã‚·ã‚šviral #viral #serang #kuantan #alongnazarr ♬ Ya Allaho Ya Rahman – Muhammad Qari Ejaz Ul Haq

 

 

Sumber: Harian Metro, TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker