Ibu tunggal mengaku salah miliki komputer riba curi

0aaf758a4103a6f99954298cdeb13aab5e4a67b8c2d70Gambar hiasan.

x

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Seorang ibu tunggal hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan berkaitan pemilikan dua unit komputer riba.

Soh Nyuk Ling, 33, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.



Wanita itu didakwa ada dalam milikannya sebuah komputer riba kepunyaan pemilik restoran Azrin Hernie Zambiri ,39.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Setapak Indah Jaya, Setapak di sini pada 11 malam, 7 Nov lepas mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Soh juga mengaku bersalah atas pertuduhan gagal memberi keterangan munasabah bagaimana dia memperoleh sebuah komputer riba jenama lain di Prima Setapak Condo, Jalan Prima Setapak Off Jalan Genting Kelang di sini pada 10 malam, 7 Nov lepas mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria menawarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin bagaimanapun peguam M.Mariappan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga.



“Anak guam saya merupakan seorang ibu tunggal kepada dua anak. Dia juga tidak bekerja dan anak guam saya yang menjaga keluarganya,” katanya.

Mahkamah membenarkan Soh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 12 Jan 2021 untuk menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu.

 

Seven-year-old boy reported missing found at dad’s home



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button