Nurul Shuhada bawa Humairah jalani rawatan psikiatri
Doktor pesan jangan kongsi kisah rumah tangga kepada anak
Nurul Shuhada bawa Humairah jalani rawatan psikiatri

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memberitahu anak sulungnya iaitu Humairah perlu mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis selepas mula menunjukkan beberapa perubahan pada diri.
Kata Shuhada, 29, konflik rumah tangga yang berlaku antara dia dan Hafidz sebelum ini memberi kesan kepada kanak-kanak berusia enam tahun itu yang sudah mula mengetahui cerita sebenar.
“Sebelum ini Humairah seorang yang ceria dan yakin diri. Namun disebabkan apa yang berlaku dia mula berubah. Saya boleh lihat dari matanya ada perasaan sedih.

“Saya mula sedar perubahan ini sebelum Hafidz lafaz cerai lagi sebab Humairah tahu bapanya ada orang lain. Walaupun masih kecil dia banyak mempersoalkan apa yang berlaku antara kami.
“Kemudian saya lihat keadaannya semakin serius di mana dia mula mahukan perhatian lebih seperti bayi sedangkan Humairah anak sulung. Dari situ saya mula bawa dia untuk dapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Sebelum itu, Shuhada turut berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shuhada memberitahu doktor menasihatinya supaya tidak terlalu bercerita mengenai kemelut rumah tangga dengan anak-anak dan menggalakkan membawa mereka melakukan aktiviti digemari.
“Selepas apa yang berlalu setiap malam saya akan minta maaf kepada anak-anak. Beritahu mereka bahawa Allah Maha Baik untuk ujian ini.
“Doktor juga minta saya lakukan perkara yang membuat anak-anak gembira. Kalau boleh elakkan bercakap tentang apa yang berlaku walaupun dia tahu,” ujarnya.
Walaupun masih kecil dia banyak mempersoalkan apa yang berlaku antara kami
NURUL SHUHADA MAT SHUKRI
Mengulas perbicaraan mahkamah mengenai kes perceraian yang masih berlarutan, Shuhada meletakkan harapan agar semuanya segera berakhir dan dipermudahkan urusan berkenaan.
“Saya kena kuat hadapi semua ini. Mungkin ada nikmat besar yang Allah nak berikan di sebalik semua ujian.
“Semoga perbicaraan mahkamah akan segera selesai supaya saya boleh teruskan hidup,” jelasnya.

Shuhada ketika di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa lalu, mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong
- Ramalan Najib tepat, Harga saham Sapura meningkat 25%
- ETP Najib, Khazanah catat untung RM1.6b Tahun 2022
- Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi
Katanya Hafidz pernah melafazkan talak menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari 2023 dan 22 Februari 2023.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Nurul Shuhada bawa Humairah jalani rawatan psikiatri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :