KFA buka kembali pemilikan 80 peratus saham KDA FC

17/02/2021 06:14 PM

ALOR SETAR, 17 Feb — Urusan pengambilan 80 peratus saham Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) oleh sebuah syarikat besar yang diumumkan sebelum ini tidak dapat dimuktamadkan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata pintu rundingan dengan syarikat itu juga sudah ditutup sepenuhnya, dan KFA mengalu-alukan mana-mana syarikat lain yang berminat memiliki saham KDA FC, untuk datang mengadakan rundingan dengan pihaknya.



“Semalam saya putuskan untuk tidak meneruskan rundingan tersebut dan pasukan bola sepak Kedah buat masa ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh KDA FC, yang ditubuhkan oleh KFA.

“Rundingan itu tidak dapat dimuktamadkan kerana permintaan daripada syarikat itu tidak dapat dipenuhi oleh KFA dan kerajaan negeri, kerana permintaan mereka terlalu besar untuk kita penuhi,” kata Menteri Besar Kedah itu kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Ditanya mengenai status pelaburan bernilai RM1.5 bilion di negeri yang turut dijanjikan syarikat berkenaan, Muhammad Sanusi berkata pelaburan itu juga mungkin tidak akan dilaksanakan.

“Kalau tak muktamad (pengambilan saham KDA FC), saya rasa pelaburan juga tidak akan datang, dia (syarikat) menjanjikan pelaburan kalau perkara ini dapat dimuktamadkan,” katanya.



Pemain, jurulatih KDA FC dijangka diumum akhir Januari depan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button