Sultan Johor Beri Mesej Yang Jelas Supaya Mahathir Tidak Di Kecualikan Dari Hukuman

Sultan Johor Beri Mesej Yang Jelas Supaya Mahathir Tidak Di Kecualikan Dari Hukuman

Sultan Johor Beri Mesej Yang Jelas Supaya Mahathir Tidak Di Kecualikan Dari Hukuman

Semasa perdana menteri, Anwar Ibrahim, menghadap baginda DYMM Sultan Johor, baginda memberikan mesej yang cukup jelas.

Baginda mahu supaya Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, meneruskan sikap tegas terhadap penjenayah rasuah.

Baginda mahu supaya semua penjenayah rasuah diheret ke muka pengadilan sekiranya pihak berkuasa mempunyai bukti yang cukup.

Mesej yang paling jelas dari baginda adalah, tindakan keras dan tegas ini mesti diambil tanpa memilih bulu.

Bagi baginda, kedudukan, gelaran, pangkat dan umur bukanlah penghalang yang boleh menghalalkan jenayah rasuah.

Titah baginda, walau pun  penjenayah rasuah itu sudah berumur seratus tahun, rasuah adalah rasuah dan yang salah tetap salah.

Mesej yang cukup tegas dari Sultan Johor itu tidak boleh dipandang sepi oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sudah semestinya maklum, selepas Al Sultan Abdullah menamatkan tempoh perkhidmatan baginda sebagai YDP Agong, Sultan Johor bakal menggantikan baginda.

Al Sultan Abdullah akan menamatkan tempoh perkhidmatan baginda pada tahun 2024, manakala tempoh parlimen ke 15 hanya akan tamat pada tahun 2027.

Sudah pasti Anwar tidak mahu ada sebarang masalah dengan Sultan Johor apabila baginda menjadi YDP Agong.

Kemurkaan paling besar Sultan Johor terhadap Dr Mahathir adalah kerana isu Pulau Batu Puteh.

Dr Mahathir ibarat mencuri Pulau Batu Puteh dari Sultan Johor dan memberikannya kepada Singapura.

Persoalannya, apakah Dr Mahathir mendapat apa-apa ‘imbuhan’ dari kerajaan Singapura hasil dari ‘perniagaan haram’ tersebut?

Dan sekiranya ada, apakah imbuhan itu?

Kerajaan Perpaduan mesti segera menyiasat dan membongkar isu Pulau Batu Puteh.

Selewat-lewatnya, sebelum baginda Sultan Johor berpindah ke Istana Negara.

 

Sultan Johor Beri Mesej Yang Jelas Supaya Mahathir Tidak Di Kecualikan Dari Hukuman

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker