6 termasuk 3 kanak-kanak maut ditembak di sekolah

Washington: Tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan sebuah sekolah swasta di Tennessee maut selepas ditembak seorang penyerang yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan.

Motif tidak diketahui tetapi suspek melukis lakaran terperinci sekolah itu, termasuk pintu masuk dan meninggalkan “manifesto” serta tulisan lain yang sedang diperiksa penyiasat, kata Ketua Polis John Drake.

Ia adalah kejadian terbaharu dalam siri keganasan membawa maut di Amerika Syarikat (AS) membabitkan The Covenant School, yang kebanyakan pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak usia sekolah rendah.

Drake mengenal pasti suspek, Audrey Elizabeth Hale, 28, penduduk kawasan Nashville.

Pada sidang akhbar itu, beliau berkata, polis sedang mengusahakan “teori” yang mungkin mencetuskan tembakan itu.

Jabatan Polis Metropolitan Nashville mula menerima panggilan pada pukul 10:13 pagi seorang penembak di sekolah, dan pegawai yang tiba melaporkan mendengar tembakan datang dari tingkat dua bangunan itu, kata jurucakap polis Don Aaron.

Dua pegawai menembak penyerang di kawasan lobi, dan dia disahkan meninggal dunia pada jam 10:27 pagi.

“Maklum balas jabatan polis adalah pantas,” kata Aaron.

Tiga pelajar disahkan meninggal dunia selepas tiba di Hospital Kanak-kanak Monroe Carell Jr. di Vanderbilt dengan kesan tembakan, kata jurucakap hospital John Howser dalam satu kenyataan. Tiga kakitangan dewasa terbunuh oleh penembak itu, kata polis.

Presiden A.S. Joe Biden menggesa Kongres A.S. sekali lagi untuk meluluskan undang-undang reformasi senjata yang lebih ketat.

Beliau turut menggesa Kongres sekali lagi untuk meluluskan larangan ke atas senjata

“Kita perlu melakukan lebih banyak lagi untuk menghentikan keganasan senjata api. Ia mengganggu komuniti kita, merobek jiwa negara ini,” katanya.

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker