Artis Hip-Hop AS ada kaitan dengan Jho Low berdepan perbicaraan

WASHINGTON: Pemilihan juri bagi perbicaraan artis Pras Michel yang menganggotai kumpulan Hip-Hop terkenal sekitar 1990an, The Fugess bermula semalam di Washington.

Kes membabitkan penerima anugerah berprestij Grammy itu berkait dakwaan dia berperanan dalam konspirasi dan skandal rasuah antarabangsa yang diketuai oleh seorang pembiaya warga Malaysia.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara selama beberapa dekad.



Warga Haiti-Amerika berusia 50 tahun itu menghadapi 12 pertuduhan yang dikaitkan sumbangan haram disalurkan menerusi kempen pemilihan semula Presiden Barack Obama pda 2012.

Selain itu, dia juga secara rahsia cuba melobi berkaitan pentadbiran Donald Trump.

Hampir tiga dekad selepas pelancaran album ‘The Score’, Michel kini diserang bertali arus berkait lebih sejumlah AS$100 juta (RM439.8 juta) yang dikatakan dibayar kepadanya antara tempoh 2012 dan 2017 oleh Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low.

Jho Low yang menjadi watak penting skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) menggegarkan kancah politik dan kewangan Malaysia.



Pras during Wyclef Jean’s Yele Haiti Fundraiser at PM in New York, United States. (Photo by Shareif Ziyadat/FilmMagic)

Mengikut dakwaan, Michel menyalurkan sebahagian wang itu dalam kempen pemilihan semula Obama pada 2012 dan kemudian menyembunyikan sumber dana melalui syarikat Shell.

Adalah haram bagi warga asing untuk memberi sumbangan kepada kempen pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

“Objek konspirasi untuk Michel dan Jho Low mendapat akses kepada, dan pengaruh berpotensi dengan, calon A dan pentadbirannya, dengan secara rahsia menyalurkan wang asing daripada Jho Low melalui Michel,” menurut pendakwaan itu.

Mengikut dokumen mahkamah, Michel kemudiannya berjanji untuk bergantung kepada pentadbiran Trump bagi menggugurkan siasatan terhadap peranan Jho Low dalam penyelewengan berbilion dolar dana 1MDB.



Jho Low yang masih bebas berkeliaran tanpa diketahui keberadaannya, didakwa pada 2018 kerana rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan rompakan dana syarikat pelaburan Malaysia.

Dia bersama yang lain difahamkan menggunakan wang itu untuk membeli kediaman mewah, kapal layar, hasil seni termasuk melabur dalam produksi filem antaranya The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCapri.

Pelakon itu antara bakal saksi yang boleh dipanggil memberi keterangan.

Dakwaan sama juga berkaitan konspirasi pada 2017 di mana pemuzik itu bersetuju menyertai usaha melobi secara rahsia, untuk membantu kerajaan China sebagai ‘jaminan kepulangan’ seorang penentang merangkap jutawan, Guo Wengui yang tinggal di AS.



Wengui ditangkap awal bulan ini atas dakwaan berasingan menipu beribu-ribu pelabur untuk laba dirinya.

Sebahagian besar bukti mengenai kes itu dikecualikan daripada perbicaraan Michel.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button