DS Zahid: Melaka Bakal Membentuk Kerajaan Perpaduan

DS Zahid: Melaka Bakal Membentuk Kerajaan Perpaduan

DS Zahid: Melaka Bakal Membentuk Kerajaan Perpaduan

Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi memberikan bayangan Melaka bakal membentuk Kerajaan Perpaduan.

Beliau menyatakannya ketika berucap merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai, Serkam, Melaka.

Namun begitu ianya belum lagi dapat dipastikan sama ada beberapa ADUN Melaka dari Pakatan Harapan akan dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri.

Atau akan berlaku rombakan dalam barisan EXCO kerajaan negeri Melaka yang ada sekarang.

“Sebarang keputusan akan dibuat selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, DS Sulaiman Md. Ali dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, DS Ab. Rauf Yusoh”.

“Perbezaan agama disantuni, keharmonian diberikan keutamaan”.

“Inilah satu keindahan apatah lagi di dalam sebuah Kerajaan Madani yang terbentuk sekarang ini di peringkat Persekutuan”.

“In Sya Allah di Melaka belum terbentuk Kerajaan Madani”

“Tapi ke arah itu mungkin ada”.

“Pemberita jangan tanya perkara ini kepada saya”.

“Itu saya akan bincangkan dengan Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi BN Melaka,” jelas beliau.

BN Melaka menguasai 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diikuti Pakatan Harapan dengan 5 kerusi dan Perikatan Nasional dengan 2 kerusi.

Dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat, kerusi pembangkang di Melaka hanya mempunyai 2 kerusi dari Perikatan Nasional.

Manakala kerusi blok kerajaan pula kini mempunyai 26 kerusi DUN, 21 dari Barisan Nasional dan 5 dari Pakatan Harapan.

 

DS Zahid: Melaka Bakal Membentuk Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker