“Macam Bagi Kucing Je YB” – Hanafiah Mat Dikritik

Agih Ikan Seperti Beri Pada Kucing

Video tersebut yang dikongsikan Hanafiah Mat yang juga EXCO Pembangunan Wanita Terengganu di TikTok kemudiannya menarik perhatian orang ramai seolah-olah beliau menghina penerima bantuan.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat dikritik orang ramai gara-gara menuang air minuman ke dalam pinggan yang masih berisi nasi seolah-olah memperlekehkan Menu Rahmah.

Terbaharu beliau sekali lagi dikritik hebat selepas memuat naik video sedang melakukan agihan ikan dipercayai ikan tongkol tanpa menggunakan bekas mahupun plastik kepada penduduk kampung di kawasan berhampiran.



Video tersebut yang dikongsikan Hanafiah Mat yang juga EXCO wanita Terengganu di TikTok kemudiannya menarik perhatian orang ramai seolah-olah beliau menghina penerima bantuan.

Bahkan ada juga yang menyamakan agihan ikan percuma itu seolah-olah seperti mahu diberikan kepada kucing.

Tidak kurang juga yang terkejut dan menyangkakan ia hanyalah satu konten sebaliknya ia benar-benar berlaku. Hanafiah bagaimanapun membalas komen tersebut dan menanyakan adakah pengguna TikTok itu juga mahukan ikan seperti orang lain.

Namun ada yang memberikan reaksi positif  dan berpendapat beliau hanya berniat untuk membantu meringankan beban penduduk di kawasan tersebut.



Tindakan ahli politik bagaimanapun mendapat kritikan hebat di Twitter selepas dikongsikan seorang pengguna, Laga Cawan.

Selain membangkitkan isu adab, ada juga yang turut mempersoalkan faktor kebersihan memandangkan Hanafiah secara jelas memegang ikan agihan itu menggunakan tangannya.

Semakan kami di laman Facebook rasmi Hanafiah bagaimanapun tidak menemui sebarang respon beliau berhubung perkara tersebut.



Sebaliknya beliau hanya mengemaskini laman tersebut dengan aktiviti-aktiviti terbaharu beliau termasuklah memberi sumbangan buat penggali kubur di Jabur Kubur serta Kuala Kemaman dan rancangan beliau untuk memberi sumbangan berupa ayam mentah pula.

Sumber : buzzkini



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button