Waris kesultanan Sulu rampas dua anak syarikat Petronas

SHAH ALAM – Dua anak syarikat milik Petronas di Azerbaijan yang dianggarkan bernilai RM8.87 bilion dilaporkan dirampas oleh peguam yang mewakili waris kesultanan Sulu pada Isnin.

Tindakan itu difahamkan sebahagian daripada usaha perundangan dilakukan waris Kesultanan Sulu yang sebelum ini membuat tuntutan bernilai RM62.59 bilion daripada Malaysia sebagai pampasan berikutan proses timbang tara.

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, bailif di Luxembourg merampas kedua-dua syarikat berkenaan iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus bagi pihak pelanggannya.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, sebelum ini memulakan proses timbang tara sebagai tindak balas ke atas Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.



Bagaimanapun, Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dibuat pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu itu dan menolak sepenuhnya ‘Final Award’ dikeluarkan penimbang tara Dr Gondoza Stampa atas dakwaan pelanggaran terhadap Perjanjian 1878 antara Sultan Sulu ketika itu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.

Perjanjian itu menyaksikan menyaksikan Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, kini Sabah dan sebagai balasan Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan RM5,300 setiap tahun.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia menghentikan pembayaran tersebut pada 2013 susulan serangan bersenjata di Lahad Datu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Mac lalu berkata, kerajaan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Final Award berhubung isu tuntutan pihak mengaku sebagai waris Sultan Sulu pada 3 Mac lalu di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan Malaysia terpelihara.



sinarharian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker