Ramasamy Akan Di Gugurkan Dalam PRN Pulau Pinang

Ramasamy Akan Di Gugurkan Dalam PRN Pulau Pinang

Ramasamy Akan Di Gugurkan Dalam PRN Pulau Pinang

Dalam pilihanraya negeri Pulau Pinang yang bakal menjelang bakal menyaksikan nama Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang akan digugurkan.

Walau pun ianya belum dimuktamadkan dalam pemilihan calon DAP yang akan bertanding dalam pilihanraya negeri Pulau Pinang.

Sumber yang rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, memaklumkan bahawa perkara itu hampir pasti akan berlaku.



DAP peringkat pusat juga dilapurkan bersetuju dengan keputusan seandainya nama Ramasamy digugurkan dari senarai calon PRN Pulau Pinang.

Ramasamy juga dilihat semakin cemas apabila perkara yang sebelum ini cuma khabar angin kini sudah hampir menjadi pasti.

Beliau dilihat seakan cuba mempengaruhi Chow Kon Yeow agar mencalonkan semula nama beliau.

“Saya ingin berkhidmat kepada parti saya selama satu penggal lagi”.



“Saya telah nyatakan ini secara terbuka,” rayu Ramasamy.

Adalah dipercayai pengguguran nama beliau berpunca dari beberapa kenyataan beliau yang berbaur perkauman selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk di peringkat pusat.

Ianya bertentangan dengan pendirian DAP pusat yang cuba mengikis imej cauvanis pada parti tersebut.

Satu lagi maklumat yang penulis terima, Ramasamy bukan sahaja akan digugurkan dalam senarai calon PRN Pulau Pinang.

Beliau juga dikatakan mungkin tidak akan disenaraikan dalam pemilihan jawatankuasa pusat DAP (CEC).

Penulis difahamkan tindakan ini diambil untuk membuktikan betapa seriusnya DAP untuk mengikis imej cauvanis ke atas parti tersebut selama ini.

 

Ramasamy Akan Di Gugurkan Dalam PRN Pulau Pinang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker