Tiada Lagi Pesta Pingat Kebesaran Di Era Pemerintahan YDP Agong Ke 17

Tiada Lagi Pesta Pingat Kebesaran Di Era Pemerintahan YDP Agong Ke 17

Tiada Lagi Pesta Pingat Kebesaran Di Era Pemerintahan YDP Agong Ke 17

 

Penulis masih ingat lagi, apa yang pernah dititahkan oleh Sultan Ibrahim sebelum baginda ditabalkan sebagai YDP Agong ke 17.

“Kalau kita baling batu  kepada sekumpulan orang, sudah pasti banyak antara batu tersebut akan kena kepala Datuk.”

“Dan kalau batu yang kena Datuk itu terpelanting, pasti akan ada antaranya yang akan kena kepala Tan Sri.”

Sultan Ibrahim memang terkenal dengan ketegasan baginda dalam penganugerahan pingat semasa di Johor.

Apa yang tersirat dalam titah baginda adalah, di negara kita pingat kebesaran seolah-olah tidak mempunyai nilai yang sepatutnya.

Ramai dari yang telah di anugerahkan dengan pingat kebesaran tersebut sebenarnya tidak layak untuk menerima anugerah tersebut.

Sebagaimana kebiasaan, Hari Wilayah adalah antara hari di mana akan dianugerahkan pingat kebesaran.

Pada tahun ini, baginda sendiri membuat penelitian dan tapisan ketat terhadap senarai calon yang dicadangkan untuk menerima anugerah.

Menurut baginda, dari senarai yang dipersembahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan, hanya 36 orang sahaja pada hemat baginda benar-benar layak.

Saya Bukan Anak Patung Yang Kena Ikut Cakap Menteri

 

Dalam majlis yang sama, baginda juga memberikan peringatan tegas kepada pihak eksekutif bahawa kedudukan baginda sebagai YDP Agong bukanlah rubber stamp kepada kerajaan.

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.”

“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk ketua negara.”

“Apabila habis tempoh bulan madu ini, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah baginda.

Sultan Ibrahim adalah seorang raja yang bersikap walk the talk.

Sebagaimana yang pernah baginda ingat sebelum ini, keutamaan baginda adalah kepada lebih 32 juta rakyat Malaysia dan bukannya 222 ahli parlimen.

 

Tiada Lagi Pesta Pingat Kebesaran Di Era Pemerintahan YDP Agong Ke 17

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker