Polis tahan 2 lelaki curi 87 motosikal

Polis tahan 2 lelaki curi 87 motosikal

Polis tahan 2 lelaki curi 87 motosikal
Cheng San menunjukkan beberapa barangan dirampas daripada dua suspek yang terbabit dalam kegiatan curi motosikal pada sidang media di IPD Seberang Perai Tengah. NSTP/ Nur Izzati Mohamad

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki yang terbabit melakukan 87 kes curi motosikal di Pulau Pinang dan Kedah, dalam dua serbuan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata tangkapan itu dilakukan pasukan khas yang ditubuhkan, Op Lejang Waze pada Ogos lalu selepas menerima lebih 10 laporan polis berkaitan kes kecurian motosikal di kawasan parkir Stesen KTM Bukit Mertajam dan Bukit Tengah, di sini sejak Jun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan hasil risikan dan intipan dijalankan, polis berjaya mengesan suspek pertama berusia 46 tahun di sebuah inap desa di Padang Besar, Perlis pada jam 6.25 petang 23 November lalu yang dipercayai sedang merancang untuk menyeludup motosikal dicuri ke negara jiran.

Katanya, susulan penahanan itu, polis menahan rakannya berusia 41 tahun di stesen bas di Butterworth, di sini, pada 26 November lalu dan siasatan mendapati suspek dipercayai mahu mencuri motosikal di kawasan berkenaan.

“Siasatan mendapati kedua-dua lelaki berasal dari Perlis itu datang ke Pulau Pinang dan mencuri hanya motosikal jenis Honda Waze Alpha yang diparkir di stesen KTM, pasar awam serta hospital di kawasan bahagian tanah besar negeri itu.

“Mereka menggunakan ‘allen key’ yang diubah suai untuk mencuri motosikal dengan mudah sebelum kenderaan itu dibawa ke inap desa di Padang Besar, seterusnya diseludup ke negara jiran dengan menjual kepada orang tengah pada harga RM1,000 bagi setiap motosikal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

“Modus operandi geng itu menukar nombor plat motosikal dicuri dengan nombor pendaftaran negara jiran untuk dibawa ke sana dan kebanyakannya digunakan di ladang dan setakat ini polis mengenal pasti orang tengah di negara jiran berkenaan.

“Setiap kali geng itu mahu menyeludup motosikal curi ke negara jiran, mereka akan menggunakan nombor plat sama saja iaitu yang sah kerana mempunyai dokumen betul untuk dibawa ke sana dan juga bagi mengelak jenayah dikesan pihak berkuasa di sempadan,” katanya,

Cheng San berkata, berdasarkan siasatan, dua lelaki itu terbabit dalam 30 kes curi motosikal di sekitar Pulau Pinang dan 57 kes di Kedah, malah dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak tahun lalu sehingga mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan.

Katanya, polis turut merampas dua motosikal curi, peralatan mencuri, pakaian dan beberapa dokumen digunakan untuk ke negara jiran.

“Suspek pertama mempunyai 31 rekod lampau dan rakannya dengan sembilan rekod berkaitan jenayah serta dadah. Kedua-dua mereka direman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

Polis tahan 2 lelaki curi 87 motosikal

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker