Bogor catat kes tanah runtuh terbanyak

Bogor catat kes tanah runtuh terbanyak

Bogor catat kes tanah runtuh terbanyak
KEADAAN kawasan perkampungan di Bogor yang dilanda tanah runtuh baru-baru ini.-AGENSI

JAKARTA: Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) mengumumkan wilayah Bogor di Jawa Barat sebagai kawasan yang paling banyak merekodkan kejadian tanah runtuh di Indonesia setiap tahun.

Pemangku Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari berkata, wilayah Bogor juga sering mendominasi bencana banjir dan cuaca ekstrem.

“Rekod kami sebenarnya untuk kejadian tanah runtuh yang tertinggi di Indonesia ialah Bogor, diikuti Cilacap dan Banjarnegara. Kedudukan ke-2, 3, 4, 5 bertukar setiap tahun, tetapi yang teratas tetap wilayah Bogor,” kata Abdul.



Abdul berkata, faktor urbanisasi dan penukaran tanah yang dilakukan secara besar-besaran menjadi punca utama tanah runtuh dan banjir kerap melanda wilayah itu.

Pun begitu, jelas beliau, jumlah banjir dan tanah runtuh turun naik setiap tahun.

“Bagi trend banjir misalnya, pada tahun 2018 terdapat 13 kes direkodkan. Kemudian meningkat kepada 18 kes banjir pada 2019, 34 kes pada 2020, 46 kes banjir pada 2021, dan turun kepada 24 kes pada 2022.

“Selain itu, kes tanah runtuh di wilayah Bogor melonjak kepada 163 kes pada 2021, dan menurun kepada 78 kes sepanjang 2022.



“Tetapi jika dilihat pada taburan bulan, banjir paling kerap berlaku di Bogor sekitar bulan Mac-April dan September-November,” jelasnya.

Beliau berkata, terdapat peningkatan kes bencana alam pada minggu lepas berbanding awal Mac.

“Sepanjang tempoh 20 hingga 26 Mac, terdapat 25 kejadian banjir, 12 kejadian cuaca ekstrem dan 10 kejadian tanah runtuh di 36 kota dari 18 provinsi.

“Daripada bencana itu, empat orang dilaporkan meninggal dunia, enam orang cedera, 5,762 rumah ditenggelami air, 221 rumah rosak, satu kemudahan kesihatan rosak, lima jambatan rosak, tempat ibadat rosak, dan 36,058 orang terjejas terpaksa dipindahkan,” tambahnya.-AGENSI

Wanita berpura-pura diculik minta wang tebusan dari suami

Bogor catat kes tanah runtuh terbanyak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker