De Bruyne ketuai Belgium benam Jerman

Cologne: Satu gol dan dua bantuan gol daripada Kevin De Bruyne menyaksikan Belgium mengatasi pasukan tuan rumah Euro 2024, Jerman 3-2 dalam perlawanan persahabatan di Cologne, awal pagi tadi.

De Bruyne menjadi arkitek kepada dua gol untuk membolehkan Sepanyol mendahului 2-0 dalam masa 10 minit, sebelum dia sendiri menjaringkan pada lewat permainan untuk mengecewakan Jerman menjelang Kejohanan Eropah tahun depan.

“Adalah penting untuk melihat prestasi kami pada perlawanan persahabatan ini,” kata jurulatih baharu Belgium, Domenico Tedesco.

“Ia bukan mudah untuk bermain di sini… pasukan Jerman mempunyai beberapa pemain yang sangat bagus.”



Jerman berharap dapat mempamer aksi lebih baik selepas tersingkir awal daripada kejohanan utama namun mereka tewas kepada Belgium buat kali pertama sejak 1954.

“Kami dikawal rapi, terlalu pasif dan tidak mampu memberi tekanan kepada lawan. Belgium bermain tanpa belas kasihan,” kata jurulatih Jerman, Hansi Flick kepada rangkaian TV RTL.

KOLN, GERMANY – MARCH 28 : De Bruyne Kevin forward of Belgium during the international friendly match between Germany and Belgium on March 28, 2023 in Koln, Germany, 28/03/2023 ( Photo by Sebastien Smets / Photo News

Juara dunia empat kali itu tersingkir awal pada peringkat kumpulan di Piala Dunia dekat Qatar tahun lalu selepas kandas di pusingan 16 terakhir kepada England pada Euro 2020.

Jurulatih Belgium yang dibesarkan di Jerman, Tedesco meletakkan Yannick Carrasco di hadapan menggantikan Leandro Trossard dari Arsenal dan taktikal itu ternyata menjadi selepas pemain sayap Atletico Madrid itu meledak masuk ke gawang gol hanya selepas enam minit permainan.



Romelu Lukaku yang menjaringkan kesemua gol Belgium ketika menewaskan Sweden 3-0 pada kempen kelayakan Euro, kemudian menambah gol kedua minit ke-9.

Jerman merapatkan jurang selepas Niclas Fuellkrug menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan penyerang Werder Bremen itu sudah meledak enam gol daripda enam penampilan antarabangsa.

De Bruyne menjaringkan gol ketiga Belgium minit ke-78 sebelum Serge Gnabry memberi harapan kepada Jerman untuk meraih keputusan seri apabila merapatkan jurang ketika berbaki tiga minit tetapi pelawat bertahan dengan baik untuk memastikan keputusan kekal Belgium menang 3-2.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker