Dr Mahathir Sedang Menggali Kubur Sendiri

Dr Mahathir Sedang Menggali Kubur Sendiri

Mantan perdana menteri ke 4 dan ke 6, Dr Mahathir dilihat seolah sedang menggali kubur beliau sendiri.

Malah beliau bukan sahaja sedang menggali kubur untuk dirin ya, tetapi juga sedang menyiapkan kubur untuk anak dan juga kroni beliau.

Dalam video klip di atas, Dr Mahathir memberikan masa 7 hari kepada perdana menteri, Anwar Ibrahim atas pendedahan yang Anwar lakukan.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/27/buktikan-saya-guna-kedudukan-kayakan-diri-keluarga-dr-m-beritahu-pm/

Sebelum ini, dalam Kongres Nasional PKR 2023, perdana menteri yang juga merupakan presiden PKR membuat kenyataan yang Dr Mahathir dakwa sebagai fitnah.

Anwar menyindir mengenai seseorang yang diberi peluang dua kali memegang tampok pemerintahan tetapi menyalahgunakannya.

Hanya selepas kehilangan kuasa, individu tersebut kononnya baru tersedar bahawa masyarakat Melayu masih miskin.

Tetapi ketika berkuasa, kekayaan negara beliau bolot untuk keluarga dan kroni beliau.

Anwar mahu supaya politik yang memperbodohkan orang Melayu itu dihentikan.

Mungkin Dr Mahathir Sudah Tidak Sabar Untuk Menjadi Kluster Mahkamah

Sebenarnya sudah menjadi rahsia umum segala kebobrokan yang Dr Mahathir lakukan sepanjang beliau berkuasa selama 22 tahun dan 22 bulan.

The Wall Street Journal mendedahkan pada tahun 1998, kerajaan di bawah pemerintahan Dr Mahathir pernah ‘bail out’ Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL), milik Mirzan Mahathir.

Baca di sini:

https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500?fbclid=IwAR1zRieAMgn3zU9Jl6-HdA1AaxtXYvC4TKa0Z2N1nl1C3v_BiOMpeZUjB6w

MISC yang dimiliki Petronas telah ‘diarahkan’ untuk membeli PNSL dengan harga USD220 juta yang ketika sedang rugi teruk.

Untuk rekod, Mirzan Mahathir membeli PNSL pada tahun 1998 dengan harga RM248 juta ketika beliau baru berusia 33 tahun.

Persoalannya adalah:

  • Bagaimana Mirzan boleh menjadi jutawan ketika beliau baru berusia 33 tahun, adakah dengan harta warisan keluarga atau harta warisan dari kuasa papa?
  • Kenapakah Petronas ‘diarahkan’ membelanjakan USD220 juta untuk membeli sebuah syarikat yang rugi sedangkan syarikat tersebut bukan GLC?
  • Siapakah yang memberikan arahan kepada MISC yang dimiliki Petronas untuk melakukan ‘sedekah mega’ itu?

Apa yang dicatatkan di atas hanyalah satu dari berpuluh, malah mungkin beratus rompakan bersiri yang telah dilakukan.

Dan apa yang pernah penulis tulis sebelum ini cuma sebahagian kecil dari rompakan bersiri selama puluhan tahun.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/03/24/dr-mahathir-jarah-rm529-bilion-dana-petronas-untuk-selamatkan-kroni/

Seperti pepatah orang Jawa, ‘it’s just a tip of iceberg’.

Bukti yang Dr Mahathir minta itu sebenarnya ada di seluruh Malaysia.

Mungkin pihak berkuasa yang sedang menyiasat kes ‘rompakan bersiri’ ini sedang membuat persiapan terakhir untuk pendakwaan.

Tetapi atas permintaan Dr Mahathir sendiri, mungkin atas faktor usia, maka Anwar boleh tolong percepatkan pendakwaan.

Kepada Dr Mahathir, penulis ucapkan ‘welcome to kluster mahkamah’, bukan sahaja kerana ‘you asked for it’ tetapi juga kerana ‘you deserved it’.

 

Dr Mahathir Sedang Menggali Kubur Sendiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker