Elok Mahathir saman Anwar

 

Apabila Anwar Ibrahim memberi kenyataan kepada rakyat Malaysia bahawa selama 22 tahun dan 22 bulan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri , Mahathir hanya membolot kekayaan negara sahaja.

Anwar menyatakan yang mendapat manfaat dari pemerintahan Mahathir hanya anak anak dan kroni nya sahaja.

Ini sebenar nya bukan cerita baru , bahkan sudah lama menjadi pengetahuan  dan perbualan rakyat dari dulu lagi.

Mahathir pula semenjak dahulu lagi sentiasa menafikan dakwaan dakwaan ini.



Selain menafikan , Mahathir juga sering menyatakan yang ada pada nya hanya duit pencan dan gaji nya sahaja.

Mungkin dari segi teknikal apa yang Mahathir katakan mungkin benar, namun hakikat nya semua orang tahu Mahathir tidak sebodoh menyimpan wang didalam akaun  sendiri.

Ramai percaya apa apa yang di serah dan diberi kepada kroni kroni sama ada projek , bailout dan sewaktu dengan nya ada bahagian Mahathir.

Maka, kepercayaan itu lah yang membuat rakyat tidak melihat Mahathir bersih seperti yang Mahathir cuba gambarkan.



Pernah juga apabila syarikat syarikat milik kroni Mahathir disiasat oleh LHDN diera Najib Razak menjadi Perdana Menteri , Mahathir pula yang marah dan memberi kenyataan berkenaan nya.

Sebagai seorang negarawan , Mahathir sepatut nya suka jika kerajaan mendapat pendapatan dari cukai , namun sebalik nya pula.

Ini lah yang membuat rakyat percaya ada sesuatu antara Mahathir dan kroni nya.

Ketika Mahathir menjadi kerajaan dan Perdana Menteri, banyak rundingan antara syarikat dan kerajaan terlihat Mahathir menyebelahi syarikat dan bukan menyebelahi kerajaan.

Ini lah yang digelar perjanjian berat sebelah seperti isu IPP dan TNB dizaman Tan Sri Ani Arope seperti yang ditulis didalam buku nya.

Maka, jika Mahathir saman Anwar dan telah memberi amaran tempoh 7 hari kepada Anwar, ramai juga mahu saman itu terjadi supaya semua boleh melihat perbicaraan didalam mahkamah.

Rakyat ingin melihat bagaimana Anwar boleh melondehkan Mahathir dan membuktikan dakwaan bahawa Mahathir hanya kayakan diri sendiri dan anak , sambil Mahathir dengan cara lama nya “saya tidak tahu” dan ‘saya tidak ingat”.

Mungkin antara bukti nya ada lah kerajaan Mahathir memberi kontrak kepada syarikat Opcom atau pun kontrak minyak kepada PETRON untuk supply kepada Penerbangan MAS.

Apapun rakyat mengalu alukan Mahathir menyaman Anwar kerana mereka mahu melihat kebenaran masing masing didalam mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker