Hampir 200 pelarian Rohingya mendarat di Indonesia

Hampir 200 pelarian Rohingya mendarat di Indonesia

Hampir 200 pelarian Rohingya mendarat di Indonesia
Wanita dan kanak-kanak Rohingya berehat di dalam masjid yang dijadikan tempat perlindungan sementara selepas mereka mendarat di Kuala Matang Peulawi, wilayah Aceh, Indonesia. -AP

PEUREULAK: Sekurang-kurangnya 184 pelarian Rohingya termasuk ramai wanita dan kanak-kanak mendarat di wilayah paling barat Indonesia, selepas mereka dijatuhkan di laut dengan bot dan dipaksa berenang ke darat.

Lapor AFP, penduduk tempatan di bandar Peureulak di Aceh Timur memaklumkan kepada polis pagi Isnin lalu selepas menemukan kumpulan pelarian berkenaan iaitu 94 lelaki, 70 wanita dan 20 kanak-kanak.

Beribu-ribu Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam yang dianiaya di Myanmar, mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun dalam perjalanan laut yang panjang dan mahal, selalunya dalam bot berkualiti rendah, dalam usaha untuk sampai ke Malaysia atau Indonesia.

Ketua Mukim Peureulak, Nasri berkata, tiada bot di pantai ketika mereka tiba.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya lima pelarian yang diselamatkan dibawa ke hospital manakala yang lain dibawa ke pekarangan masjid untuk perlindungan, makanan dan rawatan perubatan.

“Ada beberapa pelarian yang kelihatan lemah, mungkin sudah berhari-hari tidak makan,” katanya.

Seorang pegawai dari agensi hal ehwal sosial Aceh Timur, Saharani, mengesahkan jumlah ketibaan yang sama kepada AFP.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata ia masih mengumpul maklumat mengenai ketibaan baharu itu.

Menurut salah seorang penumpang, mereka dijatuhkan ke luar pantai dan disuruh berenang ke darat oleh kapten bot.

“Selepas itu, kapal yang kami naiki segera beredar,” kata pelarian Rohingya, Ali kepada agensi berita negara Antara.

Pelarian itu cuba sampai ke Malaysia dari Myanmar, kata Ali.

Pegawai tempatan sedang berbincang dengan UNHCR dan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa mengenai perlindungan bagi pelarian.

Lebih 2,000 Rohingya dipercayai telah mencuba perjalanan berisiko ke negara-negara Asia Tenggara pada 2022, menurut UNHCR.

Agensi itu menganggarkan hampir 200 Rohingya mati atau hilang ketika cuba menyeberangi laut berbahaya tahun lalu.

NAJIB JELASKAN ISU ROHINGYA, APA TINDAKAN UNHCR DALAM ISU PELARIAN?

Hampir 200 pelarian Rohingya mendarat di Indonesia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker