Ruhainies tarik diri daripada Starvendors Mega Raya Festival

 

Oleh Pena Merah

Ruhainies (kiri) menarik diri daripada terlibat dengan festival jualan raya, Starvendors Mega Raya Festival anjuran Ifa Raziah.

Selepas dihambat kontroversi tangkap khalwat dengan penyanyi Aliff Aziz, pelakon Ruhainies mengumumkan menarik diri daripada terlibat dengan festival jualan raya, Starvendors Mega Raya Festival anjuran Ifa Raziah.

Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, menjelaskan keputusan penarikan diri diputuskan kerana tidak mahu perniagaan usahawan lain terkesan disebabkan penglibatannya.

“Salam semua, saya sudah maklumkan kepada kak Ifa bahawa saya menarik diri. Jangan risau ya, saya sudah lama fikir sebab tak mahu bisnes orang lain terjejas disebabkan saya.

“Saya sangat memahami dan insya-Allah akan ada rezeki saya di tempat lain.

“Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan bertemu lagi,” katanya menerusi mesej yang dihantar kepada Ifa menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Difahamkan, selain Ruhainies, acara tersebut juga bakal disertai isteri Aliff iaitu pelakon, Bella Astillah.

Terdahulu, Ifa dalam satu temu bual memohon peminat Ruhainies dan Bella tidak bertindak untuk memboikot acara StarVendors Mega Raya Festival.

Selaku penganjur, Ifa menegaskan perlu bersikap profesional termasuk orang ramai yang bakal berkunjung ke acaranya kelak akan menghimpunkan lebih 50 selebriti serta ramai peniaga.

StarVendors Mega Raya Festival bakal berlangsung 29 Mac sehingga 1 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). – Kosmo Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker