Merosakkan Integriti Badan Kehakiman, Kenapa Hakim Nazlan Belum Di Dakwa

Merosakkan Integriti Badan Kehakiman, Kenapa Hakim Nazlan Belum Di Dakwa

Merosakkan Integriti Badan Kehakiman, Kenapa Hakim Nazlan Belum Di Dakwa

Ibarat bangkai gajah, sudah pasti ianya tidak boleh ditutup dengan nyiru.

Kerosakan yang begitu besar dan sudah tersebar luas, sudah pasti tidak akan ditutup begitu sahaja.



Bukan sahaja satu Malaysia, malah boleh penulis katakan. satu dunia sudah tahu kerosakan yang telah dilakukan oleh Hakim Nazlan dalam badan kehakiman.

Salah laku kerana jenayah yang SPRM ingin dakwa Nazlan adalah menyembunyikan maklumat yang dia tahu tidak sepatutnya disembunyikan untuk memberi manfaat dirinya.

Nazlan tidak mendedahkan bahawa beliau pernah terlibat dalam pembentukan syarikat SRC semasa beliau mengambil alih tugas sebagai hakim dalam kes SRC.

Malah kredibiliti serta integriti beliau sebagai manusia, apa lagi sebagai seorang hakim kini sedang diperlekehkan dunia.



Terdedah bagaimana Nazlan cuba menipu dan enggan memberi kerjasama dengan SPRM ketika beliau disoal siasat.

Pada awalnya beliau menafikan beliau pernah terlibat dalam urusan 1MDB dan SRC.

Tetapi selepas SPRM menunjukkan kepadanya semua minit mesyuarat Maybank, e-mel daripadanya serta tandatangannya pada slip kehadiran mesyuarat itu, barulah beliau mengaku terlibat.

Sekiranya Nazlan tidak mampu bersikap jujur dalam proses siasatan, bolehkah kita harapkan beliau adil dan jujur di dalam penghakiman?



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2020/09/729852/penyelewengan-src-kes-rasuah-paling-teruk-hakim

Raja Petra Kamaruddin (RPK) pernah mendedahkan bahawa Nazlan pernah menerima wang sebanyak RM2 juta yang dipercayai rasuah dari Jho Low.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/04/20/raja-petra-lawan-raja-nazlan-siapa-akan-kalah/?fbclid=IwAR3BwfoCdsfN50YuirJfh8yAh59qloFCodwp2ENNEBZjnO2lwXSb_TlloUo

Malah kredibiliti beliau juga dipersoalkan apabila bersetuju dalam penghakiman bahawa wang RM42 dalam kes SRC itu datangnya dari KWAP.

Sedangkan ianya tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwa.

Baca di sini:



https://malaysiagazette.com/2020/06/04/src-international-masih-lagi-tidak-ada-bukti-rm42-juta-itu-dana-kwap/

Tidak ada alasan kenapa Nazlan masih terus dibiarkan menikmati ‘hadiah’ kenaikan pangkat selepas membuat kekhilafan dalam penghakiman.

Jangan lagi berselindung di sebalik perkataan kebebasan badan kehakiman kerana kebebasan badan kehakiman bukan berarti hakim bebas melakukan jenayah.

Kita menghormati prinsip kebebasan badan kehakiman tetapi badan tersebut mesti dibersihkan terlebih dahulu sebelum boleh dihormati.



 

Merosakkan Integriti Badan Kehakiman, Kenapa Hakim Nazlan Belum Di Dakwa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button