Raja Kripto Diculik & Diseksa selama 3 hari

Syok Berjoli Lepas Rembat Duit Orang Berpuluh Juta

Padah melakukan penipuan mata wang kripto, seorang lelaki berusia 24 tahun didakwa diculik dan diseksa oleh beberapa individu.

Lelaki berkenaan iaitu Aiden Pleterski yang turut dikenali sebagai raja kripto dikatakan hanya melabur dua peratus sahaja daripada £13 juta (RM70.41 juta) wang yang diserahkan oleh pelanggannya. Wang selebihnya dibelanjakan Pleterski untuk membayar jet peribadi, membeli kereta dan percutian mewah.

Susulan daripada tindakannya itu, Pleterski dipercayai telah diculik dan diseksa sekitar tahun lalu. Menurut bapa Pleterski, anak lelakinya itu ditahan oleh suspek selama tiga hari dan telah dipukul. Namun, Pleterski dibebaskan oleh penculik selepas dia berjanji untuk membayar wang seperti yang diminta.

Menurut sumber, pihak berkuasa kini giat menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini termasuk mengumpul dan menyoal siasat semua mangsa penipuan Pleterski. Pihak berkuasa turut merampas hampir 15 biji kenderaan mewah milik Pleterski. Pleterski kini melalui prosiding muflis selepas pihak berkuasa Kanada cuba mengesan wang pelanggan yang hilang selepas diserahkan kepadanya untuk tujuan pelaburan kripto.

Sumber: Daily Star

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker