China tutup 1,120 akaun media sosial pengkritik dasar kerajaan

China tutup 1,120 akaun media sosial pengkritik dasar kerajaan

China tutup 1,120 akaun media sosial pengkritik dasar kerajaan
TERDAPAT penumpang sanggup memakai sut perlindungan diri (PPE) sebagai langkah pencegahan jangkitan Covid-19 ketika beratur di salah sebuah stesen kereta api di Beijing, China. -AFP

BEIJING: Berikutan diasak dan menerima kecaman hebat daripada rakyat, China di bawah pemerintahan parti komunis itu bertindak menggantung atau menutup lebih 1,000 akaun media sosial pengkritik dasar-dasar kerajaan dalam menangani Covid-19.

Platform media sosial popular, Sina Weibo dikatakan mengendalikan sebanyak 12,854 isu pelanggaran komuniti termasuk serangan ke atas pakar-pakar, ilmuan dan kakitangan perubatan.

Malah, media sosial itu seterusnya mengeluarkan larangan sementara atau kekal kepada 1,120 pemilik akaun.

Kerajaan pemerintah dikatakan amat bergantung pada komuniti perubatan untuk mewajarkan kawalan ketat, langkah kuarantin dan ujian besar-besaran.

Namun, langkah-langkah pencegahan itu hampir semuanya dilupakan atau ditinggalkan sehingga membawa kepada lonjakan kes baharu yang memberi ketegangan dalam sumber-sumber perubatan terutamanya ubat-ubatan dan jumlah kemasukan ke hospital.

Malah, hospital-hospital di beberapa negeri seperti Beijing dan Shanghai dikatakan penuh dengan pesakit selain rumah-rumah mayat menjadi sibuk secara tiba-tiba.

Kerajaan pemerintah juga tidak membenarkan kritikan secara langsung selain memperketatkan kebebasan bersuara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sina Weibo dikatakan akan berterusan membuat siasatan terhadap pemilik-pemilik akaun bagi membersihkan kandungan-kandungan haram menerusi platformnya selain berusaha mewujudkan persekitaran komuniti yang mesra dan harmoni untuk majoriti pengguna.

Dalam media sosial berkenaan, kritikan dikatakan banyak tertumpu kepada larangan sekatan perjalanan terbuka yang menyebabkan orang ramai terkurung di rumah mereka selama berminggu-minggu, kadang kala berkurung tanpa makanan atau rawatan perubatan yang mencukupi.

Kemarahan orang ramai juga tertumpu terhadap keperluan individu yang berpotensi diuji positif atau pernah berhubung rapat dengan orang dijangkiti, dikurung untuk pemerhatian di hospital, kesesakan, makanan yang tidak baik dan kebersihan.

China kini berdepan masalah lonjakan kes dan kemasukan ke hospital di bandar-bandar utama.

Kini, kerajaan pemerintah sedang bersiap sedia dengan penyebaran wabak yang lebih jauh ke kawasan-kawasan kurang membangun.

Lebih memburuk dijangka berlaku adalah sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina yang akan berlangsung dalam beberapa minggu lagi.

Walaupun penerbangan antarabangsa masih dikurangkan, pihak berkuasa menjangkakan perjalanan kereta api dan udara domestik akan berganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Malah, Kementerian Pengangkutan kelmarin menggesa pengembara mengurangkan perjalanan dan perhimpunan terutamanya jika ia melibatkan orang tua, wanita hamil, kanak-kanak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Xu Chengguang dalam taklimat kepada pemberita memberitahu, orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam juga digesa memakai topeng dan memberi perhatian khusus kepada kesihatan dan kebersihan diri.

Namun begitu, China tetap meneruskan rancangan untuk menamatkan kuarantin mandatori bagi orang yang tiba dari luar negara bermula hari ini.

Beijing turut merancang menggugurkan syarat bagi pelajar di sekolah-sekolah dalam bandar untuk menjalani ujian Covid-19 sebelum memasuki kampus apabila kelas disambung semula pada 13 Februari ini iaitu selepas cuti perayaan.

Bagaimanapun, penamatan ujian besar-besaran, jumlah data asas yang sangat terhad seperti jumlah kematian, jangkitan dan kes yang teruk dan potensi kemunculan varian baharu mendorong kerajaan di negara-negara lain untuk melaksanakan keperluan ujian virus untuk pelancong-pelancong dari China.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, pegawai-pegawai kerajaan China perlu berkongsi lebih banyak maklumat terkini tentang Covid-19 dari negara itu ketika jangkitan semakin meningkat manakala penduduknya dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Lapor BBC, banyak sekatan ketat negara itu ditarik balik sejak beberapa minggu lalu, tetapi kes yang meningkat menyebabkan beberapa negara kini sedang menyaring pelancong dari China.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perbincangan dengan pegawai China, pegawai WHO menegaskan, mereka mahu melihat lebih banyak data mengenai kemasukan ke hospital, kemasukan unit rawatan rapi, jumlah kematian serta angka mengenai vaksinasi.

Minggu lalu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China melaporkan sebanyak 10,681 kes jangkitan domestik menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan setakat ini kepada 482,057.

Tiga kematian baharu turut dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 5,267 kes.-AP/AGENSI

Man United jadi bahan seluruh dunia

China tutup 1,120 akaun media sosial pengkritik dasar kerajaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker