Wanita Makassar tular ‘tayang’ beg tangan emas RM150,108

Wanita Makassar tular ‘tayang’ beg tangan emas RM150,108

Wanita Makassar tular ‘tayang’ beg tangan emas RM150,108

MAKASSAR: Penjual kosmetik dari Makassar kini hangat diperkatakan netizen di media sosial selepas memuat naik video membeli beg bernilai ratusan juta rupiah di sebuah kedai emas.

Dalam muat naiknya di laman TikTok, wanita dikenali sebagai Mira Hayati menunjukkan resit pembayaran beg emas menyerupai reka bentuk beg Lady Dior yang dibelinya minggu lalu.

Beg itu diperbuat daripada emas seberat 531.25 gram dengan harga 515 juta rupiah (RM150,108).

“Alhamdulillah, Masya Allah Tabarakallah, beli beg emas lagi, beg tangan dan cincin ini berharga 553.9 juta rupiah (RM161,444).

“Bangga sangat ada koleksi beg tangan emas Dior. Kalau beg tangannya sudah ada beberapa, tapi yang diperbuat daripada emas ini yang pertama,” ujar Mira sambil memegang beg tersebut.

Mira Hayati dilaporkan sering berkongsi aktivitinya menjual produk kecantikan melalui penstriman di TikTok dan kerap kelihatan seperti kedai emas ‘bergerak’ kerana gemar memakai rantai, gelang dan cincin emas yang besar.

Videonya yang memaparkan beg tangan emas itu menerima lebih 11.1 juta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.-AGENSI

Penjawat awam Indonesia diwajibkan naik Ojol setiap Selasa

Wanita Makassar tular ‘tayang’ beg tangan emas RM150,108

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker