Wanita OKU maut rumah terbakar

Pontian: Wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas rumah didiaminya di Kampung Parit Hj Elias, Ayer Baloi di sini, terbakar.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 47 tahun ditemui rentung di ruang bilik tidur.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Pontian, Azhar Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12. 27 tengah hari.

“Akibat kebakaran itu, rumah jenis kekal satu tingkat berukuran panjang 20 meter dan lebar 10 meter itu musnah 70 peratus.

“Seorang wanita ditemui rentung dalam bilik tidur. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker