Gara-gara gagal memotong, dua wanita maut

Pontian: Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 91.6 Jalan Batu Bahat Johor Baru berhampiran Sungai Besar, Benut, semalam.

Ketua Polis Derah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian pada 1.30 petang membabitkan sebuah lori, kereta dan motosikal.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dari arah Batu Pahat cuba memotong sebuah lori, namun bertembung dengan sebuah motosikal dari arah Pontian.



“Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing berusia 27 dan 18 tahun meninggal dunia,” katanya.

Mohammad Shofee berkata, pemandu lori berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu kereta berusia 62 dan seorang penumpang berusia 54 tahun cedera ringan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button