Malaysian Tigress kini giat menjalani latihan

 

Oleh Razak Hasan

Malaysian Tigress kini giat menjalani latihan
FARAH Ayuni (kanan) sedia curahkan segala pengalamannya membantu negara menjuarai Piala Asia Hoki Dewan di Bangkok bulan depan

SKUAD hoki dalam dewan wanita negara sedia menggalas cabaran untuk bergelar juara Asia buat kali pertama dalam sejarah pada Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 untuk melayakkan Malaysia ke Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia.

Malaysian Tigress kini giat menjalani latihan sebagai persiapan akhir sebelum berangkat ke Piala Asia yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 12 hingga 16 Mei ini.



Setakat ini, barisan kejurulatihan masih dalam proses pemilihan barisan utama pasukan dan berkemungkinan mengumumkan senarai akhir pemain pada penghujung bulan ini.

Penjaga gol berpengalaman negara, Farah Ayuni Yahya, 35, meluahkan keyakinannya de­ngan aksi cemerlang yang dipamerkan dan menjangkakan mereka mampu mengikut jejak skuad hoki dalam dewan lelaki yang pernah merangkul gelaran juara Piala Asia pada 2022.

“Saya yakin dengan kemampuan skuad hoki indoor (dalan dewan) wanita kerana mereka memberikan komitmen penuh serta fokus dan semangat yang ditunjukkan memberikan sinar untuk kami rangkul gelaran juara Piala Asia.

“Kami semua mempunyai sasaran yang sama iaitu ingin la­yak ke Piala Dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



Dalam pada itu, Farah Ayuni mengakui Kazakhstan mungkin akan memberikan saingan sengit buat negara kerana sudah beberapa kali layak ke Piala Dunia.

Malah, mereka juga perlu berwaspada dengan kehadiran Indonesia dan Thailand yang semakin melonjak naik dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam beberapa kejohanan ­sebelum ini.

Bagaimanapun, skuad negara kekal fokus untuk mengawal rentak permainan dalam usaha menjuarai Piala Asia kerana ha­nya juara yang akan layak secara automatik ke Piala Dunia, sekali gus mencipta sejarah baharu ­arena hoki wanita negara.

Terdahulu, skuad wanita negara meraih pingat gangsa selepas menumpaskan Kazakhstan dalam penentuan tempat ketiga dan keempat pada edisi Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2022. – Kosmo Online




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading