Mahathir lupa , beliau Perdana Menteri yang pernah diaibkan oleh pemimpin negara lain.

 

Oleh Adam Malik

Apabila kisah lawatan Perdana Menteri ke10 Anwar Ibrahim ke Saudi Arabia menjadi bualan kerana di anggap sebagai “diplomatic failure” atas sebab gagal bertemu Raja Arab Saudi ataupun gagal bertemu Mohamad Bin Salman , maka Tun Mahathir pun membuat kenyataan bahawa beliau tidak penah diperlaku sedemikian selama memerintah 22 tahun.



Benar juga jika itu yang Tun Mahathir nyatakan.

Namun, harus di ingat bahawa zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri 22 tahun belum ada lagi platform MEDSOS seperti hari ini.

Tambah lagi ketika itu media arus perdana menjadi media dominan sehala dan laporan rasmi hanya dikuasai oleh pihak kerajaan sama ada media cetak atau eletronik.

Jika ada berlaku kesilapan ataupun “blunder’ tiada siapa akan melaporkan nya didalam negara.



Pada pengetahuan portal kami , walaupun Mahathir tidak pernah terkena apa yang Muhyiddin Yassin , Ismail Sabri dan Anwar Ibrahim kena , namun Mahathir juga pernah diaibkan oleh pemimpin negara lain.

Mengikut rekod, Mahathir pernah diaibkan oleh Perdana Menteri Australia Paul Keating dihadapan semua anggota APEC dengan mengelar Mahathir  “Recalcitrant” pada tahun 1993.

(Recalcitrant bermaksud Keras kepala , sukar dibawa berunding)



Kemudian dari akibat ini hubungan Malaysia dengan negara Australia menjadi tegang beberapa tahun berlanjutan.

Selain itu, Mahathir juga pernah diaibkan oleh Naib Presiden Amerika , Al Gore disatu majlis di Kuala Lumpur anjuran Mahathir sebagai tuan rumah.

Sebaik sahaja Vice Presiden Amerika itu membuat ucapan keras berkenaan layanan Mahathir terhadap Anwar , beliau terus keluar dari Majlis tanpa Kembali ke meja nya.



Ini dikira sebagai satu tamparan kepada Mahathir sebagai tuan rumah.



Mungkin ramai yang lupa akan peristiwa ini.

Bagai dikata ia terjadi dizaman tiada Medsos.

“Spat” terbaru antara negara pula apabila Mahathir berada di negara China.

Dilaporkan Perdana Menteri Li Keqiang telah menyindir Mahathir dengan keras ,dihadapan ratusan wartawan seluruh dunia.



Malah Li Keqiang menyergah Mahathir jika merasakan selama ini China berbaik dengan kerajaan sebelum nya sebagai satu bentuk penaklukan (colonisation) elok sahaja kita henti bermesyuarat ,jelas Li kepada Mahathir.

(Terjemahan – “Jika ia diandaikan sebagai satu bentuk penaklukan , maka elok kita hentikan sidang media kita )

China telah lama memerhatikan perkembangan politik dan ucapan kempen dalam negara Malaysia melalui kedutaan nya.

Kata kata ketika kempen oleh Mahathir seperti Najib Jual negara kepada China semua dipantau.

Maka tidak hairan lah apabila Mahathir ditempelak dengan kata kata elok di hentikan persidangan jika kamu anggap ia satu bentuk penaklukan kata Perdana Menteri China.

Maka, jika Mahathir hendak berbangga dia disambut oleh pemimpin seluruh negara duna tetapi kisah kisah seperti ini tidak diketahui oleh rakyat, maka ia kenyataan yang tidak lengkap juga.

Ini semua kisah benar, sebagai negarawan , Mahathir harus henti menyerang semua Perdana Menteri hanya sebab jaga kepentingan politik peribadi.

Negara lain memerhati dan akibat nya semua negara berhati hati mahu berurusan dengan Malaysia akibat ‘tension created” oleh Mahathir dan juga mengancam stabiliti negara.

Paling penting , Mahathir harus sedar diri sendiri pun tidak sempurna.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button